Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat Penubuhan PAS Caw.


Alhamdulillah , bersyukur kehadrat Allah S.W.T , kerna dengan izin serta Inayah Nya jualah maka pada 21hb Mac yang lalu PAS Caw. Kg. Manggol telah berjaya menjalankan tanggungjawab mengadakan mesyuarat penubuhan PAS Cawangan setelah mesyuarat penaja pada Disember tahun lalu telah diluluskan secara rasminya oleh pendaftar pertubuhan. Walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan dengan penubuhan PAS Caw. Kg. Manggol ini ianya telah menjadi satu titik tolak dan sejarah bagi penduduk Kampung Manggol sendiri kerana sejak 50tahun dijajah oleh UMNO , kini penduduk kampung telah mula insaf dan sedar bahawa perjuangan yang lebih diredhai bagi menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. Dengan ahli seramai 25 orang yang telah didaftarkan dan kemasukkan ahli baru seramai 10 orang lagi mampu menjadikan PAS sebagai wadah untuk mendaulat Islam dimuka bumi ini dan di Kampung Manggol khasnya.

Namun janganlah hendaknya penubuhan cawangan ini sekadar mengikut perkembangan politi semasa di negeri yang dimenangi PAS sahaja , sebaliknya perlu diingatkan bahawa sesungguhnya kemenangan yang dicapai ini bukan lah percuma tapi ia menuntut pengorbanan dan perjuangan yang istiqamah kerana Allah S.W.T. Maka penulis ingin menyeru semua ahli PAS Caw. Kg. Manggol agar dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing tak kira sebagai ahli biasa dan kepada kepimpinan peringkat cawangan yang telah terpilih dalam mesyuarat penubuhan yang lalu , ayuh kita berganding bahu bergerak dengan lebih tekun berusaha untuk memastikan agama ini subur di hati dan terus mewarnai kehidupan yang sementara ini sehingga hari kita bertemu dengan Allah S.W.T.


Sekian,

Moga ada manfaatnya.


TAKBIR!!!

Wednesday, March 11, 2009

Cinta Rasul?


Mencintai Rasulullah s.a.w. merupakan satu perkara yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad s.a.w melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya. Firman Allah S.W.T: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." – Surah al-Taubah (9) : 24