Friday, November 28, 2008

السلام عليكم ورحمةالله وبركات

Kedatangan Zulhijjah janganlah disia-siakan terutama bagi kita yang tidak berpeluang untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W telah memberitahu kita bagaimana kelebihan bulan Zulhijjah terutama sepuluh hari pertama, hari-hari tasyriq dan lebih utama ialah
hari Arafah.

Kita digalakkan untuk berpuasa, berzikir dan melakukan segala amalan soleh yang lain. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa akan berlalunya tahun bersama bertambahnya umur kita dan semakin hampir kematian kita. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan menambahkan bekalan akhirat kita.

Pesan ulama' bahawa orang yang paling cerdik ialah mereka yang menyediakan bekalan untuk hari-hari selepas matinya dan orang yang paling bodoh ialah mereka yang berseronok mengumpul habuan untuk hari yang pasti akan ditinggalkannya tanpa mempedulikan hari akhiratnya.

Di sini dinukilkan 2 hadis yang memberitahu kita mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zuljjjah dan fadhilat berpuasa pada hari Arafah.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi.

Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Moga ada manfaat.

Wallahu ta'ala a'lam. Wassalam.
IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang
bermaksud:

"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."

Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :

"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."

Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."


Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirika! n oleh s eseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.


Firman Allah yang bermaksud :

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]


Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."


Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau
sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.

De! mikian j uga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.

Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang.

Firman Allah Taala yang berbunyi:
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]


Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Wallahu ta'ala a'lam. Wassalamu.
Alhamdulillah ,setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi sahabat kita Ahmad Sobri yang dikatakan akan menjalani pembedahan By-Pass katanya tapi cuma dengan pembedahan kecil dengan memasukkan spring bagi membuka saluran pada salur darah , semuanya kembali normal.Dah 'cemuih' katanya berada di wad , kalau boleh nak balik hari ini juga (kelmarin). Apa pun nasihat penulis kepadanya dengar saja nasihat Dr. itu yang sebaiknya.Di doakan juga agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas seharian yang katanya 'kerja banyak' secepat yang mungkin.

Alhamdulillah dan Tahniah juga dirakamkan di alman blog ini kepada Pengerusi Penaja PAS Cawangan yang khabarnya telah terpilih sebagai Ketua Kampung dan beliau akan menghadiri upacara penyampaian watikah di Pejabat daerah Kubang Pasu Jitra.Penulis bagi mewakili ahli2 PAS Caw. Kg. Manggol mengucapkan syabas dan tahniah diatas perlantikan tersebut.Semoga beliau dapat memberikan khidmat yang sebaik mungkin.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Setiausaha PAS Kawasan yang banyak membantu dalam usaha pencalonan ini.Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi bagi meniningkatkan syiar ISLAM di Kubang Pasu dan Manggol khasnya.InsyaALLAH.

TAKBIR!!!

Sunday, November 23, 2008

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah)
1. mendo’akan si sakit agar lekas sembuh
2. memberi nasihat agar bersabar dan tabah
3. menyampaikan ucapan yg baik yg dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Cth ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
4. pendekkan waktu ziarah
5. menjarangkan waktu ziarah agar tidak menyulitkan si sakit
(kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

6. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yg sakit demam panas

7. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dlam bab menjenguk orang musyrik

Seorang ahli PAS yang juga menantu kepada Pengerusi PAS Cawangan Kg. Manggol kini sedang mendapat rawatan di KMC (Kedah Medical Centre) di bilik 2202 , dan dikhabarkan esok beliau akan menjalani Pembedahan Jantung (By-Pass), penulis bagi pihak PAS Cawangan mendoakan agar pembedahan tersebut akan berjaya dan selamat.Didoakan juga agar pesakit akan kembali sembuh seperti sediakala dan dapat meneruskan perjuanagn dalam PAS.