
Tentu ada yang berpendapat Karpal memang patut diserang kerana keceluparannya. Jika di kampung memang mulut celupar Karpal sudah lama dicili apikan. Cuma jika di kampung, kalau nak serang mereka tengok-tengok orang juga. Orang OKU macam Karpal tentu mereka tak tergamak nak serang. Mungkin setakat maki hamun sajalah. Serang OKU cuma menjatuhkan maruah penyerang saja.
Nampak sangat Karpal yang celupar itu memang tersalah jolok sarang tebuan kali ini. Dulu apabila dia berkata langkah mayatnya dahulu jika hendak laksanakan undang-undang Islam, ia tidak menimbulkan kemarahan Pemuda UMNO, kerana mereka juga seperti Karpal tidak menyokong pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Justru bila Karpal menghina agama Islam, Pemuda UMNO tidak tersingung, mereka tidak pun menyerang balas Karpal. Yang mereka tersinggung ialah apabila parti mereka dihina. Bagi mereka parti lebih penting dari segala-galanya, termasuk agama.
Itulah ameno yang kononnya pejuang Islam?? Puihh!! Nak temuntah aku.