CERAMAH PERDANA
Bersama
Yb. Ust. Izat Syauki
ADUN Bkt. Lada
Pada : 26/10/2008
Tempat : Surau Kg. Manggol
Bt. 14 Jln. Kodiang 06000
Jitra Kedah
Masa: Maghrib ~ Isyak
Muslimin & Muslimat dijemput hadir!!!
Takbir!!!
CERAMAH PERDANA
Bersama
Yb. Ust. Izat Syauki
ADUN Bkt. Lada
Pada : 26/10/2008
Tempat : Surau Kg. Manggol
Bt. 14 Jln. Kodiang 06000
Jitra Kedah
Masa: Maghrib ~ Isyak
Muslimin & Muslimat dijemput hadir!!!
Takbir!!!
MARANG, 18 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab.
Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab."Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen.
"Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.
"Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.
"Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya. - mks.
Sumber: Harakahdaily
Umar Abdul Aziz (khalifah rasyidin kelima)
Oleh: Ibad Ahmady
Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu.
Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.
Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”
Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.
Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”
Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.
Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.
Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.
Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.
Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.
Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. "tidak"
Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."
Kemudian Jibrail a.s. berkata:
"Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
"Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.
Kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud :
"Ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
Eidulfitri tahun ini disambut meriah dalam kesederhanaan bersama keluarga; menziarah kubur mendoakan kepada muslimin-muslimat yang telah kembali kerahmatullah.
Sekali lagi dipohon maaf di atas segala keterlanjuran. Juga kerana tidak sempat menjawab ribuan SMS, emel dan kad ucapan eid mubarak. Izinkan saya ulangi ucapan minal aidin walfaizin walmaqbulin.
Di celah kesibukan bersilatur rahmi dan bermaafan bersama keluarga :" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
PENGERTIAN PUASA
· Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
· Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT
· Puasa enam hari pada bulan Syawal
· Puasa hari Arafah
· Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
· Puasa bulan Syaaban
· Puasa Isnin dan Khamis
· Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
· Puasa yang terus menerus sepanjang masa
· Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
· Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
· Puasa pada hari raya pertama Haji
· Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
· Berakal
· Akhir Baligh (Cukup umur)
· Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
· Islam
· Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
· Suci daripada haid dan nifas
· Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
· Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
· Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
· Makan dan minum dengan sengaja
· Muntah dengan sengaja
· Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
· Keluar darah haid atau nifas
· Gila
· Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
· Orang yang sakit
· Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
· Orang tua yang sudah lemah
YAB. USTAZ HAJI. AZIZAN ABD RAZAK - Menteri Besar
J/K Perancangan Ekonomi Negeri
J/K Perancang
J/K Tanah
J/K Hasil Bumi & Sumber Asli
J/K Majlis Tindakan Negeri
J/K Keselamatan Negeri
J/K Agama
J/K Kewangan
YB. HAJI. IR. PHAHROLRADZI HAJI ZAWAWI
J/K Pembangunan Luar Bandar
J/K Pembangunan Usahawan
J/K Kerjaraya
YB. HAJI MOHAMED TAULAN MAT RASUL
J/K Perumahan
J/K Kerajaan Tempatan
YB. HAJI. IR. AMIRUDDIN HAJI HAMZAH
J/K Industri Dan Pelaburan
J/K Sains Dan Inovasi
J/K Pertanian
YB. HAJJAH SITI AISHAH HAJI GHAZALI
J/K Pembangunan Wanita
J/K Kebajikan
YB. DR. HAJI HAMDAN MOHAMED KHALIB
J/K Belia
J/K Sukan, Kesenian & Warisan
J/K Kebudayaan
YB. DR ISMAIL SALLEH
J/K Kesihatan
J/K Penerangan
J/K Badan Bukan Kerajaan (NGO)
J/K Pembangunan Insan
YB. HAJI ABDULLAH JUSOH
J/K Pendidikan
J/K Teknologi Maklumat & Komunikasi
YB. TAN WEI SHU (KeADILan)
J/K Alam Sekitar
J/K Hal Ehwal Masyarakat Cina
J/K Sumber Tenaga Manusia
J/K Pengangkutan
YB. MOHAMMAD RADZHI SALLEH (KeADILan)
J/K Pelancongan
J/K Pembangunan Masyarakat
YB. ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO (KeADILan )
J/K Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
J/K Hal Ehwal Masyarakat Siam
J/K Koperasi, Perpaduan, Pekerja Ladang & Hal Ehwal Masyarakat India
Sementara itu, Ustaz Azizan juga telah melantik Mohd. Sanusi Md.Noor sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, beliau adalah Bendahari Dewan Pemuda PAS Kedah dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik yang juga calon PAS kawasan Dun Belantik, dalam pilihanraya baru-baru ini.
Beliau juga telah melantik Roslizan Zakaria sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, Roslizan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri dan Setiausaha PAS Kawasan Jerai.