Saturday, November 1, 2008

Azab Kubur

Kukuhkan Ukhwah Islamiah dengan Doa


















Sabda Nabi S.A.W bermaksud : "Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, disisinya terdapat malaikat yang ditugaskan dimana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata : Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis Riwayat Muslim).

Bermegah-megah

Dalam kesibukan puak UMNO berusaha untuk menjatuhkan DSAI melalui video Sek & Liwat 11, teringat penulis akan peringatan ALLAH dalam surah At-Takathur (Bermegah-megah), antara terjemahan ayatnya :
  1. Bermegah-megah telah melalaikan kamu.
  2. sampai kamu masuk kedalam kubur.
  3. Jangan begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat dari perbuatan kamu itu) ,
  4. dan janganlah begitu, jika kamu akan mengetahui.
  5. Jangan begitu , jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
  6. nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim.
  7. dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainnul yaqin.
  8. kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu bermegah-megahkan didunia itu)
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Manusia berkata: Hartaku !, hartaku! , hartaku! , padahal miliknya hanya 3 drp hartanya , iaitu : apa yang dimakanya lalu musnah , atau apa yg dipakainya lalu lusuh , atau apa yang diberikannya lalu mejadi bekalnya diakhirat ; adapun selain dari itu akanmusnah dan akan ditinggalkannya untuk manusia lain (HR Muslim; No. 2959)

Tafsir Ayat :

Ayat 1 & 2 , Maksudnya : Sikap bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan harta, anak-anak , penyokong atau pengikut dan sikap sentiasa berusaha untuk memperbanyakkannya telah melalaikan manusia drp mentaati Allah S.W.T dan beramal soleh untuk bekal di akhirat.Mereka terus menerus didalam keadaan demikian sehinggalah mereka ditimpa kematian.

Ayat 3 , 4 & 5 Maksudnya : Tidak sepatutnya kamu bersikap demikian! Kelak kamu akan mengetahui akibat sikap dan perbuatanmu bermegah-megah itu jika kamu sudah mati. Ungkapan "kamu akan mengetahui" diulang 3 x mengandungi peringatan yg sangat keras drp Allah akan sikap buruk diatas. Yg 1 : Kamu akan mengetahui ketika kamu masuk kubur ; Yg ke2 : Kamu akan mengetahui ketika kamu keluar dari kubur ; Yg. ke 3 : Kamu akan mengetahui ketika dihimpunkan dihadapan Allah di padang mahsyar.
Sungguh ! jika kamu benar-benar mengetahui apakah balsan yg bakal kamu temui didalam kuburmu dan ketika kamu dibangkitkan , nescaya kamu tidak akan disibukkan oleh sikap bermegah-megah dengan harta itu.

Ayat 6 & 7 , Maksudnya : Kelak pada hari kiamat kamu pasti akan melihat neraka Jahim yang disediakan Allah untuk orang-orang yang ingkar. Ungkapan melihat diulang 2x disini untuk menyatakan kepastian. Maksud ungkapan "melihat neraka Jahim" adalah kiasan bagi : merasakan siksaan Jahim ; Kiasan seumpama itu sgt banyak didalam Al-Quran Al-Karim.

Ayat 8 , Maksudnya : Setiap manusia pasti akan ditanya di akhirat nanti tentang ni'mat yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Menurut Hasan Al-Basri : Pertanyaan itu khusus ditujukan kepada umum, yakni kafir dan muslim.

Wallahuaqlam , moga ada manfaat.

Friday, October 31, 2008

Amalan-amalan Sunnah yang diabaikan















Pada 29 Syawal 1429 diberi kesempatan oleh Allah S.W.T kepada penulis untuk menghadiri Seminar Penghayatan Sunnah yang berlansung di Dewan Warisan Kangar anjuran Pejabat Mufti Negeri Perlis. Dua kertas kerja telah dibentangkan di seminar tersebut iaitu oleh Dr. Azwira b. Abdul Aziz Pensyarah Kanan,UKM Bangi (Kertas Kerja 1: Lebai & Baju putih > gambar diatas) yang bertajuk Amalan Sunnah yang Diabaikan dan Ust. Fathulbari bin Mat Jahya Pendakwah Bebas Kementerian Luar Arab Saudi (Kertas Kerja 2) ; Bidah ; Satu Penilaian.Hanya satu kertas kerja sempat diikuti antara yang menarik untuk dikongsi bersama dan anda semua perlu menepuk dada lalu tanyalah iman apakah antara 40 pengabaian yang berlaku terhadap sunnah fi'liyyah seperti senarai dibawah ini ada kewajarannya:

  1. Menginai uban janggut dan rambut dengan warna selain warna hitam.
  2. Mengkhatan dan menindik telinga bayi pada hari ke 7 selepas lahir.
  3. Betayamum dengan debu dinding.
  4. Menjimatkan air ketika wuduk dan menunaikan solat sunat wuduk selepas wuduk.
  5. Menyapu atas stoking dan sepatu ketika wuduk.
  6. Berwuduk sebelum mandi wajib.
  7. Berwuduk sebelum dan selepas bangkit dari tidur.
  8. Berwuduk sebelum mengulangi jima'.
  9. Azan dan iqamah ketika solat dimana sahaja dan bersalawat kepada Nabi s.a.w selepas azan.
  10. Bersolat sambil memakai sepatu/kasut yang bersih sekali sekala.
  11. Membaca ayat 136 Surah al-baqarah dan ayat 64 surah Al-Imran dalam sunat subuh.
  12. Tidur mengiring selepas sunat subuh.
  13. Menunggu waktu solat dhuha selepas solat subuh di masjid dan menunaikannya.
  14. Menyaringkan bacaan surah dalam solat sirriyyah sekali sekala.
  15. Berdoa, bertasbih dan bertaawwuz ketika membaca ayat yang berkenaan.
  16. Menjawab salam dengan isyarat tangan ketika sedang solat.
  17. Menghimpun dua surah dalam satu rakaat.
  18. Menghembus kesebelah kiri tiga kali ketika terasa ada was-was daripada syaitan Khinzab.
  19. Menambah ungkapan 'wabarakatuh' diakhir salam solat dan mengucap salam ketika bersurai dari majlis.
  20. Solat sunat ringkas dua rakaat sebelum solat tahajjud.
  21. Solat ringkas dua rakaat , kadang kala sambil duduk, selepas solat witir.
  22. Membaca doa qunut solat witir sebelum roku'.
  23. Solat sunat dua rakaat dan bersedekah ketika taubat.
  24. Solat hariraya dikawasan lapang.
  25. Membayar zakat fitrah dengan makanan ruji kepada fakir miskin.
  26. Memulakan takbir Raya Puasa dari subuh pagi raya sehingga solat hariraya dan memulakan takbir Raya Haji dari pagi hari Arafah sehingga waktu Asar hari ketiga tasyriq (13 Zulhijjah)
  27. Solat sunnat dua rakaat dirumah sebaik kembali dari solat Hariraya.
  28. Solat sunat dua rakaat di masjid berdekatan sebelum pulang kerumah dari perjalanan musafir.
  29. Solat Gerhana secara berjemaah di masjid jamik.
  30. Solat Istisqa. (minta Hujan) dikawasan lapang.
  31. Mengebas tilam dengan kain sebelum tidur.
  32. Membuang benda bahaya dijalan awam.
  33. Penampilan berkaki ayam sekali sekala.
  34. Mendedahkan anggota badan kepad titisan air hujan.
  35. Menulis wasiat dengan muqaddimah.
  36. Berwasiat supaya kematian diurus mengikut sunnah.
  37. Memudahkan proses perkahwinan dan perceraian.
  38. Memberi hak kediaman di rumah perkahwinana bagi wanita dalam iddah cerai.
  39. Berjihad sekurang kurangnya sekali setahun.
  40. Mengamalan zikir harian.

Wallahuaqlam, moga mendapat manfaat.

Tuesday, October 28, 2008

Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

Terkini, adikku juga terlibat sama , hanya kerana jawatan,wang,project dia sanggup menggadaikan maruah.Sungguh murah maruahmu adikku , apakan daya hatimu telah ternoda dengan amalan rasuah , entah berapa banyak tompok hitam yang bertompok didalam hatimu , wallhuaqlam , aku hanya mampu berdoa agar Allah S.W.T memberi hidayah-Nya kepada mu adikku , agar engkau sempat bertaubat dan kembali kelandasan yang benar.

Janganlah hanya dengan wang, projek , pangkat maruah , harga dirimu engkau gadaikan. Sia-sialah ilmu yang miliki tidak digunakan dijalan yang berfaedah yang boleh memberimu syafaat dihari akhirat kelak.

Ingatlah adikku Allah berfirman dalam surah al-Mukminun 115 , yang bermaksud : " Apakah kamu menganggap KAMI menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada KAMI?"

Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini akan berakhir dan kita bakal berhadapan dengan perhitungan ALLAH S.W.T. Inilah peringatan yang terang yang diberikan oleh ALLAH kepada kita semua.Maka, amat rugilah mereka yang masih mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud : " DIA menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, bagi mengetahui siapa diantara kamu yang paling baik amalannya.DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." - Surah Al-Mulk: 2.

Oleh yang demikian, kita hendaklah mengambil pengajaran dan membetulkan diri kita.Siapkanlah bekalan yang perlu dalam perjalanan menuju ke alam barzarkh.Ingatlah hanya dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta jejak salafussoleh sahaja yang dapat menjamin kebahagian hidup kita di akhirat nanti.Janganlah kita terlalu menurut hawa nafsu, sehingga leka dan lalai dengan ancaman azab ALLAH S.W.T.

Moga ALLAH memberi hidayah dan petunjuk kepadamu adikku.Amin.
Baru-baru ini kampung ku telah dikejutkan dengan berita yang amat memalu dan menjijikkan , jamuan Aidilfitri kononnya disambut namun berakhir dengan Pesta Maksiat , berkaroke bercampur lelaki dan perempuan tanpa segan silu tak kira cuaca hujan atau tidak sehinggalah ke tengah malam sehinggakan jelas kedengaran oleh penduduk kampung yang berjiran dengan kampungku. MEMALUKAN itu sahaja yang boleh kukatakan , sungguh tidak disangka PEMUDA UMNO sanggup mencemarkan nama baik kampung sehingga ketahap ini dan ia pula dijalankan dengan kerelaan oleh adik beradik ku yang dulunya merupakan rumah tok guru yang mengajar Al-Quran , kami dulu kalau nak berhibur pun hanya dengan Berzanji,Marhaban & Bardah , tapi kini semuanya dah berubah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sentiasalah kaki anak Adam berdiri di hari kiamat dihadapan TUHANnya sehingga dia ditanya empat perkara: Umurnya kemana dihabiskannya.Masa mudanya dimana dipergunakan.Hartanya dari mana ia peroleh dan kemana dibelanjakannya serta ilmunya sejauh mana dia mengamalkannya." hadis Riwayat al-Tirmizi

Kematian Tok Rahmah & Tok Banun baru2 ini sepatutnya dijadikan iktibar agar kita lenih bertaqwa kepada ALLAH S.W.T. Taqwa dalam erti kata sebenar iaitu membenteng diri kita daripada kemurkaan dan azab ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA. Bukannya berpesta sebegitu.

Yang lebih terharu lagi bila kita anjurkan majlis ilmu disurau , kelibat mereka langsung tidak kelihatan.Wahai saudara-saudaraku sekalian ingatlah kehidupan dunia adalah kehidupan yang sementara.Dunia hanya tempat persinggahan bagi menyediakan bekalan untuk menuju ke akhirat. Disinilah manusia akan diuiji siapakah antara mereka bertaqwa kepada ALLAH S.W.T dengan menjadikan kehidupan dunia ini sebagai persediaan menuju akhirat dan siapakah yang menjadikan kehidupannya semata-mata untuk dunia tanpa menghiraukan kehidupan akhirat.

Menurut Abu Said al-Khudri r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya dunia ini cantik dan indah.Sesungguhnya ALLAH S.W.T menjadikan kamu khalifah didalamnya dan DIA akan memerhatikan bagaimana kamu manguruskannya. Oleh itu takutlah kamu kepada (fitnah @ ujian) dunia." Hadis riwayat Muslim.

Insaflah wahai hamba-hamba ALLAH sebelum tiba saat kematian.Ingatlah firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Syuara: 88-89 yang bermaksud :
"Pada hari itu (Hari Kiamat) harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi manfaat sedikitpun.Kecuali orang yang datang kepada ALLAH dengan hati yang selamat sejahtera(selamat daripada syirik, atau mati dalam iman dan tauhid)."

Wallahuaqlam,

Moga ada manfaat. TAKBIR!!!

Monday, October 27, 2008

As Syifa

Ayat al-quran al-israa ayat 82

Surah Al-Israa’ Ayat 82. Dan tafsirnya berbunyi “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

Daripada tafsir tersebut kita dapat mengetahui betapa agungnya ayat-ayat suci Al quran sehingga boleh menjadi raja kepada segala penawar dan memberi rahmat kepada muslimin dan muslimat. Dan sebaliknya pula yang berlaku kepada orang-orang yang tidak beriman kepada kepadaNya.

Ayat2 Syifa lain yang patut diamalkan buat penyembuh penyakit , antaranya ialah :

  • At Taubah 14
  • Yunus 57
  • Fussilat 44
  • Asy Syu'araa 80
  • An-Nahl 69
Wallhuaqlam ,Moga ada manfaat.