Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.
Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
Terkini, adikku juga terlibat sama , hanya kerana jawatan,wang,project dia sanggup menggadaikan maruah.Sungguh murah maruahmu adikku , apakan daya hatimu telah ternoda dengan amalan rasuah , entah berapa banyak tompok hitam yang bertompok didalam hatimu , wallhuaqlam , aku hanya mampu berdoa agar Allah S.W.T memberi hidayah-Nya kepada mu adikku , agar engkau sempat bertaubat dan kembali kelandasan yang benar.
Janganlah hanya dengan wang, projek , pangkat maruah , harga dirimu engkau gadaikan. Sia-sialah ilmu yang miliki tidak digunakan dijalan yang berfaedah yang boleh memberimu syafaat dihari akhirat kelak.
Ingatlah adikku Allah berfirman dalam surah al-Mukminun 115 , yang bermaksud : " Apakah kamu menganggap KAMI menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada KAMI?"
Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini akan berakhir dan kita bakal berhadapan dengan perhitungan ALLAH S.W.T. Inilah peringatan yang terang yang diberikan oleh ALLAH kepada kita semua.Maka, amat rugilah mereka yang masih mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ALLAH S.W.T.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud : " DIA menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, bagi mengetahui siapa diantara kamu yang paling baik amalannya.DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." - Surah Al-Mulk: 2.
Oleh yang demikian, kita hendaklah mengambil pengajaran dan membetulkan diri kita.Siapkanlah bekalan yang perlu dalam perjalanan menuju ke alam barzarkh.Ingatlah hanya dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta jejak salafussoleh sahaja yang dapat menjamin kebahagian hidup kita di akhirat nanti.Janganlah kita terlalu menurut hawa nafsu, sehingga leka dan lalai dengan ancaman azab ALLAH S.W.T.
Moga ALLAH memberi hidayah dan petunjuk kepadamu adikku.Amin.
No comments:
Post a Comment