Friday, December 26, 2008

Semua Muslimin & Muslimat sepatutnya dengar dan menghayati isi khutbah Jumaat ini , dengarkanlah.......moga ada manfaat.






Takbir!!!
Presiden PAS lancar kempen JOM SERTAI PAS, Sabtu ini


SHAH ALAM, 26 Dis (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan kempen JOM SERTAI PAS pada hari Sabtu 27 Disember 2008, jam 3 petang bertempat di Dataran Shah Alam, dekat sini.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof memberitahu, majlis tersebut sebagai langkah pro aktif PAS untuk mengajak masyarakat mendekati dan menyertai PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, antara yang akan hadir ialah bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Dato' Zahar Hashim, yang baru-baru ini mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Umno cawangan dalam bahagian tersebut.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat tersebut. - Sumber Harakah Daily.

Caw. Kg. Manggol bila lagi , Kubang Pasu bila lagi , kita semua bila pula???

Wallahuaqlam,

TAKBIR!!!

Wednesday, December 24, 2008

“Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu,” katanya. Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Mstar Online

{Andai Zahar sudah cakap begitu, apalagi pemimpin-pemimpin Umno bahagian yang lain , (Cawangan Kg. Manggol terutamanya). Tak kan mahu terus-terusan menjadi boneka, pak turut dan boleh diarah melakukan apa saja yang difikirkan membawa keuntungan kepada mereka walaupun perkara itu menyalahi peraturan parti dan undang-undang negara. Lagi cepat ikut jejak Zahar, maka lagi cepat kronisme, rasuah, politik wang melanda Umno dan pemerintah secara terang-terangan mampu dibendung}Ayuh Jom pakat masuk PAS , kami PAS Caw. Kg. Manggol amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang sudi menyertai PAS untuk meneruskan perjuangan yang suci demi menegakkan agama ALLAH yang tercinta ini , apalah gunanya kalau kita sebagai yang mengaku Islam tetapi menolak perjuangan ISLAM , Hukum ISLAM (Hukum ALLAH).Ayuh jadilah ansorullah (pembantu agama ALLAH) insyaALLAH ganjaran akhirat yang lumayan menanti kalian , ingat! janji ALLAH itu PASti ,Sesunggunya ALLAH tidak akan memungkiri janji , "Ihfadzillah yahfadzuka" (Jaga ALLAH , ALLAH pasti akan menjaga kamu).


Akhir sekali, sempena Muharam yang bakal tiba dan diakhir tahun 1429/2008 ini, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri,keluarga & masyarakat kita dan hendaklah ditelitikan betul-betul apakah ada peningkatan dalam diri tentang 4 pekara iaitu:
1). Adakah peningkatan IMAN dalam diri kita?
2). Adakah peningkatan ILMU dalam diri kita?
3). Adakah peningkatan AMAL dalam diri kita?
4). Adakah peningkatan AKHLAK dalam diri kita?
Kalau semua nya ada peningkatan , Alhamdulillah tetapi jika sebaliknya , marilah sama-sama kita berazam dan meningkatkan usaha untk mempertingkatkan lagi 4 perkara diatas.

Wallahuaqlam,

Tuesday, December 23, 2008


Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ.... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH.

Alhamdulillah dan InsyaALLAH tahun ini negeri Kedah akan menyambut tahun baru Masihi dengan pendekatan yang selari dengan tuntutan syarak. Penulis dengan ini ingin mengajak diri dan keluarga serta seluruh jamaah...Jom pakat kita pi ke majlis ini , moga mendapat manfaat dari Ilmu yang akan disampaikan oleh 3 org Tok Guru yang kita semua sanjungi.InsyaALLAH.

Wallhuaqlam.

Sunday, December 21, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Akikah Anak.

Ia merupakan sunnah Rasulullah S.A.W kerana mengikut hadis riwayat Abu Daud Al-Albani mengatakan sanadnya sahih , yang bermaksud: Setiap bayi tergadai dengan sembelihan akikah ia selepas disembelih pada hari ketujuh selepas kelahiran,dicukur kepala dan dinamakan pada hari tersebut juga.

Akikah merupakan dua ekor kambing bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan.Disunatkan memasak kambing tersebut dengan sempurna masaknya.Alhamdulillah hari ini sahabat kita Sdr. Hafiz dah pun melaksanakan satu lagi tuntutan atau tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anaknya yakni melaksanakan ibadah akikah buat anak ketiganya "baby girl" seperti yang penulis bicarakan didalam posting yang lalu.


Sekali lagi sekalung tahniah penulis ucapkan dan ucapan Jazakumullah hukhairan kerna sudi menjemput penulis menghadiri kenduri kesyukuran dan Akikah pada tengahari tadi.

Penulis juga sempat berbual dengan Abg. Leman katanya anaknya pula dah beberapa kali diambil ujian darah di Hospital Jitra , namun masih belum mendapat keputusan apakah jenis penyakitnya , katanya hanya demam panas biasa saja mulanya.Pesan penulis "sabaq la bang Leman , ini semua ujian Allah" setiap penyakit ada penawarnya , InsyaAllah satu hari anak bang Leman akan sembuh , yang penting kita sebagai ibu-bapa hendaklah bersabar dengan ujianAllah ini dan teruskan berdoa semoga Allah akan memperkenankan doa mu Bang Leman. Janganlah pula ada sebarang syak wasangka terhadapa Allah diatas ujian ini dan semua ini banyak bergantung diatas tinggi mana iman seseorang itu.

Moga ada manfaat.

Wallahuaqlam.