Wednesday, December 24, 2008

“Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu,” katanya. Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Mstar Online

{Andai Zahar sudah cakap begitu, apalagi pemimpin-pemimpin Umno bahagian yang lain , (Cawangan Kg. Manggol terutamanya). Tak kan mahu terus-terusan menjadi boneka, pak turut dan boleh diarah melakukan apa saja yang difikirkan membawa keuntungan kepada mereka walaupun perkara itu menyalahi peraturan parti dan undang-undang negara. Lagi cepat ikut jejak Zahar, maka lagi cepat kronisme, rasuah, politik wang melanda Umno dan pemerintah secara terang-terangan mampu dibendung}Ayuh Jom pakat masuk PAS , kami PAS Caw. Kg. Manggol amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang sudi menyertai PAS untuk meneruskan perjuangan yang suci demi menegakkan agama ALLAH yang tercinta ini , apalah gunanya kalau kita sebagai yang mengaku Islam tetapi menolak perjuangan ISLAM , Hukum ISLAM (Hukum ALLAH).Ayuh jadilah ansorullah (pembantu agama ALLAH) insyaALLAH ganjaran akhirat yang lumayan menanti kalian , ingat! janji ALLAH itu PASti ,Sesunggunya ALLAH tidak akan memungkiri janji , "Ihfadzillah yahfadzuka" (Jaga ALLAH , ALLAH pasti akan menjaga kamu).


Akhir sekali, sempena Muharam yang bakal tiba dan diakhir tahun 1429/2008 ini, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri,keluarga & masyarakat kita dan hendaklah ditelitikan betul-betul apakah ada peningkatan dalam diri tentang 4 pekara iaitu:
1). Adakah peningkatan IMAN dalam diri kita?
2). Adakah peningkatan ILMU dalam diri kita?
3). Adakah peningkatan AMAL dalam diri kita?
4). Adakah peningkatan AKHLAK dalam diri kita?
Kalau semua nya ada peningkatan , Alhamdulillah tetapi jika sebaliknya , marilah sama-sama kita berazam dan meningkatkan usaha untk mempertingkatkan lagi 4 perkara diatas.

Wallahuaqlam,

No comments:

Post a Comment