Sunday, December 21, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Akikah Anak.

Ia merupakan sunnah Rasulullah S.A.W kerana mengikut hadis riwayat Abu Daud Al-Albani mengatakan sanadnya sahih , yang bermaksud: Setiap bayi tergadai dengan sembelihan akikah ia selepas disembelih pada hari ketujuh selepas kelahiran,dicukur kepala dan dinamakan pada hari tersebut juga.

Akikah merupakan dua ekor kambing bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan.Disunatkan memasak kambing tersebut dengan sempurna masaknya.Alhamdulillah hari ini sahabat kita Sdr. Hafiz dah pun melaksanakan satu lagi tuntutan atau tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anaknya yakni melaksanakan ibadah akikah buat anak ketiganya "baby girl" seperti yang penulis bicarakan didalam posting yang lalu.


Sekali lagi sekalung tahniah penulis ucapkan dan ucapan Jazakumullah hukhairan kerna sudi menjemput penulis menghadiri kenduri kesyukuran dan Akikah pada tengahari tadi.

Penulis juga sempat berbual dengan Abg. Leman katanya anaknya pula dah beberapa kali diambil ujian darah di Hospital Jitra , namun masih belum mendapat keputusan apakah jenis penyakitnya , katanya hanya demam panas biasa saja mulanya.Pesan penulis "sabaq la bang Leman , ini semua ujian Allah" setiap penyakit ada penawarnya , InsyaAllah satu hari anak bang Leman akan sembuh , yang penting kita sebagai ibu-bapa hendaklah bersabar dengan ujianAllah ini dan teruskan berdoa semoga Allah akan memperkenankan doa mu Bang Leman. Janganlah pula ada sebarang syak wasangka terhadapa Allah diatas ujian ini dan semua ini banyak bergantung diatas tinggi mana iman seseorang itu.

Moga ada manfaat.

Wallahuaqlam.

No comments:

Post a Comment