Thursday, November 13, 2008



Lusa , Sabtu 15Nov 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429 H , Jamsiah dan Suaminya (anak & menantu Hj.Omar) akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menyahut seruan Allah. “Labbaikallah Hummalabbai Labbaikala syarikalah".

Pagi tadi semasa mengunjung arwah Mak Cik Bedah , penulis sempat berbicara dengan menantu Hj. Omar yang juga dulunya sempat menjadi jiran semasa menetap di Taman Mahsuri Bandar Darulaman.Dalam usia yang muda (42 tahun) dan setelah berkali-kali katanya beliau menolak tawaran dari Tabung Haji ,Alhamdulillah tahun ini beliau tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.Satu keputusan yang tepat.

Bagi pihak PAS Kg. Manggol diucapkan selamat menunaikan fardhu haji, moga-moga memperolehi haji yang mabrur.

Persoalannya , APAkah haji Mabrur itu wahai kaum muslimin/muslimat , apalah ertinya jika hanya dikesempatan semasa mengerjakan haji semua jemaah istiqomah berulang-alik 5 waktu kemasjid namun setelah kembalinya ke tanah air mungkin pada awal seminggu sahaja sempat meneruskan istiqomah itu dengan kain serban dan jubah yang baru dibeli di Mekah , namun selang beberapa minggu selepas itu serban kemana ,jubah kemana?? apakah ini hasil dari haji yang mabrura?? Fikir-fikirkan!!!

Akhir sekali,penulis berharap bakal haji/hajjah sentiasa mengamalkan peribadi yang baik sepanjang menjalankan ibadat haji demi menjaga baik kesucian ibadat haji dan demi nama baik negara dan kampung.

Wallahuaqlam.

Wednesday, November 12, 2008

Takziah!!

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati ,sebagaimana Firman Allah S.W.T menerusi Surah Al-Imran : 185 , yang bermaksud : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripadanya neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Sedang asyik melayari Internet , penulis telah menerima SMS berita kematian Mak Cik Bedah Pak Man Tew , ingat lagi penulis menjelang Syawal yang lalu sempat memberikan sumbangan AidilFitri buatnya , itulah kali terakhir penulis berjumpa Allahyarhamah . Tazkirah buat keluarga allahyrhamah Mak Cik Bedah.

Ayat tadi menjadi dalil bahawasanya kematian merupakan sesuatu yang pasti berlaku keatas setiap yang bernyawa.Bilakah masanya? Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.Apabila tiba masanya ia tidak akan dilewatkan dan tidak akan dipercepatkan walaupun sesaat.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-A'raf ayat 34 yang bermaksud: "Maka apabila telah datang ajalnya, tidaklah dapat dilewatkan walaupun sesaat dan tidak pula dapat dipercepatkan."

Wallahuaqlam.
JANGAN BERSEDIH !!

Kesibukan tugas harian telah membataskan penulis mengeluarkan artikel baru , sehingga lah kehari ini penulis dikejutkan dengan SMS yang mengatakan Pemuda UMNO berang dengan laman blog ini , mungkin penulisan berhubung dengan aktiviti tidak sihat yg telah mereka jalankan tempohari.

Walau apapun penerimaan mereka , pertamanya penulis ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari laman blog ini , ini merupakan kejayaan buat penulis , susah juga Pemuda UMNO nak melayari laman blog PAS pelik kan? untuk apa? Rasanya mereka lebih suka mempercayai sumber dari UMNO sendiri kerana pada mereka hanya UMNO lah satu-satunya tempat mereka bergantung harap?? Kalau itulah kepercayaan mereka , aduh malangnya orang UMNO , kena check balik akidah mereka , bawa berjumpa dengan Tok Guru , Alim Ulamak yang arif dengan akidah.

Sebab apa penulis kata begitu , sebabnya kita sebagai makhluk tidak boleh bergantung harap kepada yang lain selain dari Allah , jika kita beriqtiqad makhluk mampu memberikan sesuatu keadaan yang baik buat kita , maka diketika itu kita telah menafikan Kekuasaan ALLAH. Kerna semuanya dari ALLAH.

Penulis sempat berborak seketika dengan Ketua Pemuda UMNO Kg. Manggol,saja berbual-bual pasal UMNO , bertanya khabar siapa yang menang di peringkat Bah. Kbg. Pasu? dan lain-lain topik berhubung dengan suasana dikampung.Keadaan tegang dipihak Pemuda UMNO , keadaan bercelaru dalam pakatan , masalah kewangan dan sebagainya , entah dimana silapnya.? Mengapa begini jadinya? Apakah jalan penyelesaiannya.Ayuh Pemuda UMNO lupakan sejenak fahaman politik mari kita berganding bahu memartabatkan semula nama Kg. Manggol biar menjadi bualan masyarakat setempat dengan meningkatkan syiar Islam , "back to Islam" , tegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 11. Usahlah berduka,bersedih berdendam dengan hanya penulisan dilaman blog ini yang hanya sekadar "Ingat - Mengingatkan" , berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran , semoga kita tidak tergolong didalam golongan mereka yang rugi seperti gambaran yang Allah berikan menerusi Surah Al-Asr. Marilah kita tingkatkan keimanan dan tingkatkan amal soleh kita dengan menghidupkan aktiviti dakwah disurau , sesunguhnya kematian tidak mengenal erti umur , muda atau tua. Ayuh bersegeralah kamu dengan mengingati ALLAH.

Moga ada manfaat.

Wallahuaqlam. Takbir!!!