Takziah!!
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati ,sebagaimana Firman Allah S.W.T menerusi Surah Al-Imran : 185 , yang bermaksud : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripadanya neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Sedang asyik melayari Internet , penulis telah menerima SMS berita kematian Mak Cik Bedah Pak Man Tew , ingat lagi penulis menjelang Syawal yang lalu sempat memberikan sumbangan AidilFitri buatnya , itulah kali terakhir penulis berjumpa Allahyarhamah . Tazkirah buat keluarga allahyrhamah Mak Cik Bedah.
Ayat tadi menjadi dalil bahawasanya kematian merupakan sesuatu yang pasti berlaku keatas setiap yang bernyawa.Bilakah masanya? Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.Apabila tiba masanya ia tidak akan dilewatkan dan tidak akan dipercepatkan walaupun sesaat.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-A'raf ayat 34 yang bermaksud: "Maka apabila telah datang ajalnya, tidaklah dapat dilewatkan walaupun sesaat dan tidak pula dapat dipercepatkan."
Wallahuaqlam.
No comments:
Post a Comment