Saturday, November 22, 2008

SURAH TERAKHIR YG DITURUNKAN DI MEKKAH (Surah Makkiyah)- Surah Al-Mutaffifin (Orang-orang yang Curang)

Sebabnya ayat ini diturunkan oleh Allah S.W.T ialah setelah baginda S.A.W mendapati penduduk Madinah sangat curang dalam urusan timbangan jual beli mereka lalu turunlah surah ini.Setelah surah ini diturunkan barulah baik cara mereka menimbang dan menakar.

Banyak tafsiran yang boleh dirujuk antaranya tafsiran oleh ; Imam Ibn Katsir,syeikh As-Saadi,Syeikh Abu Qasim Al-Qusyairi dan penulis tertarik dengan tafsiran oleh Syeikh Abu Bakar Al-Jazairi yang berkata:Sebahagian ulama meriwayatkan bahawa kecurangan bukan sahaja berlaku pada timbangan urusan jual beli tetapi juga pada wudhu' dan solat.Sejahat-jahat pencuri adalah pencuri dalam solatnya.Diriwayatkan dari Salim bin Abi Al-Ju'di, katanya: Solat itu seperti timbangan, siapa yang menyempurnakan solatnya maka (ganjarannya) akan disempurnakan untuknya dan siapa yang berlaku curang maka kamu mengetahui firman Allah : "Wailullil mutaffifin" ;Kecelakaan yang besarlah bagi orang yang curang.

Sebenarnya yang mendorong manusia berbuat apapun bentuk kecurangan di muka bumi ini adalah disebabkan oleh kedengkalan iman mereka terhadap hari akhirat.Sebab jika iman mereka terhadap hari akhirat kuat dan mantop dan mereka sungguh yakin bahawa kelak mereka akan berdiri dihadapan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa untuk dihisab keatas segala apa amalan mereka nescaya mereka menjauhi sifat tersebut dan segera bertaubat.Itulah sebabnya Allah mengakhiri pembahasan orang-orang yang curang itu dengan pertanyaan apakah mereka itu tidak yakin akan adanya hari berbangkit?

Moga ada manfaat,


Wallahuaqlam.

Thursday, November 20, 2008

Sedikit tazkiroh buat renungan bersama

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan merlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah inilah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN.

Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya."
-Hadith. (maaf terlupa siapa periwayat & perawinya).

Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang miskin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan
harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersede!ah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia.
Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan terperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya ada! lah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.


Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..

Moga ada manfaat


Wallahuaqlam,
KECELAKAAN DOSA

SESEORANG hamba Allah, dikira berdosa, apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala. Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah_amalan zahir dan batin yang difardhukan (diwajibkan) dalam syari'at Islam atau melakukan kerja haram (perbuatam maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, maupun di dunia. Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguh akan Kami rasakan kepada mereka (yang melakukan dosa) sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain (sebelum) azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar) - (QS. al-Sajadah : 21).

Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan.
Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan takwa. Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.

Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Bahkan telah ternoda hati mereka (berkarat dengan noda sehingga menutupi hati) dengan apa yang mereka usahakan (dosa yang mereka lakukan)" - QS. al-Muthaffifin : 14).

Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.

Demikianlah dosa itu akan menjadi hijab yang mendindin! gi perhubungan seseorang dengan Allah Taala, terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar, malah sukar juga untuk memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain, sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa yang baru ini mungkin lebih besar
kecelakaannya.
Secara lambat atau segera, hamba Allah yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia :
(a) ditimpa penyakit,
(b) ditahan rezeki,
(c) merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan mendapat kemewahan dan kenikmatan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan. Allah berfirman, "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti
Kami akan menarik (mengazabkan) mereka secara beransur-ansur (istidraj) dengan cara yang tidak mereka ketahui - (QS. al-A'raf : 182).

Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali, "Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut. Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".

Wallahu a'lam.

Wednesday, November 19, 2008

Syarat taubat bagi mereka yang menyembunyikan kebenaran dan petunjuk Allah.

Tafsir Ayat 160 Surah Al-Baqarah.

Terjemahan Ayat; yang bermaksud: kecuali mereka yang telah bertaubat dan mengadakan perbaikan danmenerangkan kebenaran, maka terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang (160)

Di dalam ayat di atas Allah S.W.T menyatakan tiga syarat yang mesti dipenuhi oleh orang yangmenyembunyikan kebenaran dan petunjuk Allah jika mereka benar-benar ingin mendapat ampunan daripada Allah, iaitu:

1). Bertaubat kepada Allah.

Bertaubat kepada Allah mestilah pula memenuhi tiga syarat, iaitu:
Pertama: Iqlaa' ; iaitu meninggalkan kejahatan berkenaan.
Kedua: Nadam ; iaitu menyesali kejahatan tersebut.
Ketiga : 'Azam ; iaitu bertekad untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.

2). Membuat Perbaikan
Taubat seseorang belum dianggap sempurna sekiranya ia hanya meninggalkan kejahatan tetapi masih tidak suka membuat perbaikan.Dia mestilah memperbaiki keadaan dirinya sehingga menjadi orang yang gemar melakukan amal soleh.

3). Menerangkan kebenaran.
Selain dua syarat diatas dia juga mestilah menerangkan dan membuat pengisytiharan tentang kebenaran yang selama ini disembunyikannya. Syarat ini sangat penting disempurnakannya supaya mereka yang elah diselewengkannya itu dapat menyedari kekeliruan mereka dan selanjutnya boleh kembali kejalan yang benar.Cth. Ayah Pin yg sesat , dia mesti isytiharkan kesesatan itu kepada semua pengikutnya.

Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Takbir!!!

Belanjawan 2009: Kedah gariskan empat strategi


ALOR STAR, 19 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semalam membentangkan Belanjawan 2009 bagi negeri Kedah bertemakan 'Kedah Sejahtera'.

Belanjawan 2009 ini menggariskan empat strategi berdasarkan senario ekonomi semasa dan keperluan menjayakan program-program yang ditentukan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Empat strategi tersebut ialah; Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kesejahteraan rakyat, Memantapkan Modal Insan dan Pembangunan Sosial dan Memperkukuhkan Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,287,492,417 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM505,007,757, anggaran pembangunan sebanyak RM 425,990,370 dan anggaran bekalan air sebanyak RM356,494,290.

Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM487,478,010. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM261,403,403,530; hasil bukan cukai RM57,902,310 dan Terimaan Bukan Hasil RM168,172,170.

Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2009 meningkat sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun lalu (RM484,955,785).

Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM17,529,747. Sidang Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula semalam dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah. - mks.

Monday, November 17, 2008

Kembali Ke Jalan yg Lurus , Apakah Jalan Yang Lurus Sebenarnya????

Rasulullah S.A.W bersabda , aku tinggalkan kpd umat2ku 2 perkara yg mana jika kita berpegang teguh dengannya kita tidak akan sesat selamanya , iaitulah Al-Quran & AlHadis.

Apakah sebenarnya "Siratolmustaqim" ? ia adalah AlQuran(Al-Haq) - maka sesiapa yg tidak mdpt "Siratolmustaqim" di dunia ini nanti bermasalah bila nak meniti titian akhirat yg juga namanya "Siratolmustaqim".(Jalan yg Lurus).

Allah S.W.T berfirman: Kitab AlQuran ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi mereka yg bertaqwa. (Al Baqarah/ 2:2)
Pengajaran Ayat :
1. Semua kandungan Al Quran adalah meyakinkan (Al-Haq)
2. Tujuan Al-Quran diturunkan utk dijadikan pedoman.
3. Sifat taqwa akan tercapai jika Al-Quran dijadikan panduan.

Dalam Surah Yassin Ayat 60 & 61 yang bermaksud :
60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu: "Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu."

Maksudnya: Bukankah Aku telah jelaskan kepada kamu hai manusia anak cucu Adam dengan sejelas-jelasnya melalui hujah yang kukuh,Aku anugerahkan akal supaya kamu berfikir,Aku utuskan Rasul-ku untuk membimbing kamu ke jalan yang lurus dan Aku turunkan Al Kitab untuk menjelaskan kepadamu manakah jalan yang boleh menyampaikan kamu kepada kejayaan.Oleh itu janganlah kamu patuhi kehendak syaitan yang sentiasa mendorong kamu kepada maksiat dan menyalahi perintah-Ku. Kemudian Alllah S.W.T sebutkan sebabnya mengapa kita dilarang menyembah syaita: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan setelah kita dilarang menyembah syaitan lalu kita disuruh supaya hanya menyembah-Nya sahaja:

61. dan hendaklah kamu menyembah-ku.Inilah jalan yang lurus.

Maksudnya: Hanya Aku sahaja yang wajib kamu sembah iaitu dengan melaksanakan suruhan-suruhan Ku dan menjauhi larangan2Ku.Kemudian dijelaskan pula bahawa segala suruhan-Nya dan larangan-Nya adalah jelas dan mudah belaka ,tidak susah difahami dan tidak pula berat diamalkan.Inilah jalan yang lurus.

Pengajaran Ayat:

1). Kita dilarang oleh Allah beribadat kepada syaitan.Asal makna beribadat dalah tunduk dan patuh.Bukan terbatas hanya pada rukuk dan sujud.Oleh sebab itu makna larangan beribadat kepada syaitan dalam ayat tersebut ialah agar kita jangan mengikuti rayuan dan godaan syaitan.
2). Makna syaitan ialah "Jauh dari Kebenaran".Sedangkan "Kebenaran" pula adalah datang daripada Allah.Jadi segala usaha penggoda yang ingin menjauhkan kita dari jalan Allah maka usaha itu dapat digolongkan sebagai usaha syaitan.
3). Syaitan ada dua jenis iaitu syaitan jin dan syaitan manusia. Firman Allah : 'Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh ,iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin." - (Al An'aam / 6:12)
4). Allah memanggil manusia dalam ayat ini dengan panggilan "Hai Anak cucu Adam" , bukan dengan panggilan "Hai sekalian manusia".Rahsianya seolah-olah Allah ingin menyegarkan dalam fikiran kita kembali tentang peristiwa pahit yang pernah menimpa datuk kita Adam "Alaihissalam, yang kerana mengikuti rayuan syaitan lah akhirnya beliau dan nenek kita Saidatina Hawa dikeluarkan dari Syurga.
5). Manusia akan memperolehi "Jalan yang Lurus" jika mereka menyembah hanya kepada Allah iaitu dengan mematuhi titah perintah-Nya.Oleh sebab itu jika manusia hanya memohon: "Ihdinas Shirratal Mustaqim" (Tunjukilah kami jalan yang lurus) dengan lisannya,tetapi sikap dia tidak melaksanakan suruhan-Nya dan tidak menjauhi larangan-Nya , maka doanya itu tidak akan makbul walaupun ribuan kali diucapkannya dalam sehari.
6) "Jalan yang lurus" mempunyai 3 sifat utama:
1). Jalan tersebut lebih pendek jika dibandingkan dengan jalan yg bengkok
2). Jalan tersebut lebih cepat sampai ke tempat tujuan iaitu keredhaan Allah
3). Jalan tersebut lebih mudah dilalui jika dibandingkan dengan jalan yang tidak lurus.Ketiga-tiga sifat ini terdapat dalam Sunnah Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda adalah "pembawa jalan yang lurus". Lihat ayat 3 dan 4 surah Yassin.


Dalam Surah Yassin ayat 3 & 4 yg bermaksud:
3. Sesungguhnya kamu salah seorg drp rasul.
4. (yang berada) diatas jalan yg lurus.

Kenyataan drp Allah pd kedua2 ayat diatas ini sgt mustahak, sama ada bagi diri Rasulullah S.A.W secara peribadi atau pun bagi umatnya.Ia berguna bagi diri rasul sbg penghibur dan lebih menguatkan lagi semangat juangnya.Dan bagi umatnya pula ialah supaya mereka tdk ragu lagi bahawa segala yg dibawa oleh Rasulullah S.A.W itulah jalan yg lurus.

Moga ada manfaat,

Wallhuaqlam.
SIAPAKAH KITA??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan
manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya! Rabbi A ku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapa kah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perlua! skan sau jana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Moga ada manfaat

Sunday, November 16, 2008

Khutbah Yang Ringkas dan Padat

Tertarik dengan isi khutbah pada hari Jumaat yang lepas , sungguh padat dan ringkas , semua rakan-rakan bersetuju dengan penulis , antara yang dapat mencuri hati penulis ialah petikan dari surah al-Araf ayat 179 , yang bermaksud : " Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran atau nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

Hati (akal) wajib dipelihara, dikemaskini , tetapi apabila makhluk bernama manusia tidak menggunakan akalnya untuk tujuan kebaikan, apatah lagi boleh membawanya memahami tuntutan agama, maka pada waktu itu dia dihina oleh Allah dan menyamakannya dengan haiwan.

Tersentak hati penulis dengan ancaman dari Allah menerusi surah ini.Takut-takut tergolong dikalangan mereka yang lalai, jika memikirkan perkara-perkara yang hanya menguntungkan dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat.Nau'zubillah!!

Kalau kita teliti rata-rata dimana saja akan kita temui banyak perkara yang tidak pernah diundang terus berlaku,percambahan maksiat golongan atasan dan bawahan,rasuah yang melibatkan golongan berprofil tinggi, budaya lepak,rempit ,black metal melibatkan golongan remaja dan orang ramai.Semua ini berlaku kerana cara berfikir tidak Islamik atau dengan lain perkataan akal tidak berfungsi dengan baik menurut telunjuk agama.

Perlembagaan PAS fasal 14(2)(d) menyebut bahawa ahli-ahli PAS wajib:
"Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam".
PAS adalah satu-satunya parti dalam negara ini yang memperuntukkan aspek tarbiyah atau pendidikan sebagai satu disiplin penting dalam perjuangannya.Hala tuju pentarbiyahan PAS berteraskan menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah SWT dengan menyokong dan mengangkat kalimat-kalimat perintah-Nya beragendakan "penyeruan ke arah yang makruf dan pencegahan kemungkaran". Prinsip pentarbiyahan PAS bersandarkan al-Quran dan Sunnah.

Maka , saya menyeru diri saya dan semua muslimin dan muslimat "Jadikanlah satu kewajipan dalam diri kita semua mulai dari hari ini mengkaji pengajaran Islam supaya kita dapat memikul kewajipan kita sebagai orang yang tahu apa yang diajarkan oleh Islam. Jangan ada seorang pun yang takbur, yang merasa dirinya sudah pandai, bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh orang lain.

Moga ada manfaat.

Wallahuaqlam.

Takbir!!