Saturday, November 22, 2008

SURAH TERAKHIR YG DITURUNKAN DI MEKKAH (Surah Makkiyah)- Surah Al-Mutaffifin (Orang-orang yang Curang)

Sebabnya ayat ini diturunkan oleh Allah S.W.T ialah setelah baginda S.A.W mendapati penduduk Madinah sangat curang dalam urusan timbangan jual beli mereka lalu turunlah surah ini.Setelah surah ini diturunkan barulah baik cara mereka menimbang dan menakar.

Banyak tafsiran yang boleh dirujuk antaranya tafsiran oleh ; Imam Ibn Katsir,syeikh As-Saadi,Syeikh Abu Qasim Al-Qusyairi dan penulis tertarik dengan tafsiran oleh Syeikh Abu Bakar Al-Jazairi yang berkata:Sebahagian ulama meriwayatkan bahawa kecurangan bukan sahaja berlaku pada timbangan urusan jual beli tetapi juga pada wudhu' dan solat.Sejahat-jahat pencuri adalah pencuri dalam solatnya.Diriwayatkan dari Salim bin Abi Al-Ju'di, katanya: Solat itu seperti timbangan, siapa yang menyempurnakan solatnya maka (ganjarannya) akan disempurnakan untuknya dan siapa yang berlaku curang maka kamu mengetahui firman Allah : "Wailullil mutaffifin" ;Kecelakaan yang besarlah bagi orang yang curang.

Sebenarnya yang mendorong manusia berbuat apapun bentuk kecurangan di muka bumi ini adalah disebabkan oleh kedengkalan iman mereka terhadap hari akhirat.Sebab jika iman mereka terhadap hari akhirat kuat dan mantop dan mereka sungguh yakin bahawa kelak mereka akan berdiri dihadapan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa untuk dihisab keatas segala apa amalan mereka nescaya mereka menjauhi sifat tersebut dan segera bertaubat.Itulah sebabnya Allah mengakhiri pembahasan orang-orang yang curang itu dengan pertanyaan apakah mereka itu tidak yakin akan adanya hari berbangkit?

Moga ada manfaat,


Wallahuaqlam.

No comments:

Post a Comment