Khutbah Yang Ringkas dan Padat
Tertarik dengan isi khutbah pada hari Jumaat yang lepas , sungguh padat dan ringkas , semua rakan-rakan bersetuju dengan penulis , antara yang dapat mencuri hati penulis ialah petikan dari surah al-Araf ayat 179 , yang bermaksud : " Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran atau nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
Hati (akal) wajib dipelihara, dikemaskini , tetapi apabila makhluk bernama manusia tidak menggunakan akalnya untuk tujuan kebaikan, apatah lagi boleh membawanya memahami tuntutan agama, maka pada waktu itu dia dihina oleh Allah dan menyamakannya dengan haiwan.
Tersentak hati penulis dengan ancaman dari Allah menerusi surah ini.Takut-takut tergolong dikalangan mereka yang lalai, jika memikirkan perkara-perkara yang hanya menguntungkan dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat.Nau'zubillah!!
Kalau kita teliti rata-rata dimana saja akan kita temui banyak perkara yang tidak pernah diundang terus berlaku,percambahan maksiat golongan atasan dan bawahan,rasuah yang melibatkan golongan berprofil tinggi, budaya lepak,rempit ,black metal melibatkan golongan remaja dan orang ramai.Semua ini berlaku kerana cara berfikir tidak Islamik atau dengan lain perkataan akal tidak berfungsi dengan baik menurut telunjuk agama.
Perlembagaan PAS fasal 14(2)(d) menyebut bahawa ahli-ahli PAS wajib:
"Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam".
PAS adalah satu-satunya parti dalam negara ini yang memperuntukkan aspek tarbiyah atau pendidikan sebagai satu disiplin penting dalam perjuangannya.Hala tuju pentarbiyahan PAS berteraskan menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah SWT dengan menyokong dan mengangkat kalimat-kalimat perintah-Nya beragendakan "penyeruan ke arah yang makruf dan pencegahan kemungkaran". Prinsip pentarbiyahan PAS bersandarkan al-Quran dan Sunnah.
Maka , saya menyeru diri saya dan semua muslimin dan muslimat "Jadikanlah satu kewajipan dalam diri kita semua mulai dari hari ini mengkaji pengajaran Islam supaya kita dapat memikul kewajipan kita sebagai orang yang tahu apa yang diajarkan oleh Islam. Jangan ada seorang pun yang takbur, yang merasa dirinya sudah pandai, bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh orang lain.
Moga ada manfaat.
Wallahuaqlam.
Takbir!!
No comments:
Post a Comment