Monday, November 17, 2008

Kembali Ke Jalan yg Lurus , Apakah Jalan Yang Lurus Sebenarnya????

Rasulullah S.A.W bersabda , aku tinggalkan kpd umat2ku 2 perkara yg mana jika kita berpegang teguh dengannya kita tidak akan sesat selamanya , iaitulah Al-Quran & AlHadis.

Apakah sebenarnya "Siratolmustaqim" ? ia adalah AlQuran(Al-Haq) - maka sesiapa yg tidak mdpt "Siratolmustaqim" di dunia ini nanti bermasalah bila nak meniti titian akhirat yg juga namanya "Siratolmustaqim".(Jalan yg Lurus).

Allah S.W.T berfirman: Kitab AlQuran ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi mereka yg bertaqwa. (Al Baqarah/ 2:2)
Pengajaran Ayat :
1. Semua kandungan Al Quran adalah meyakinkan (Al-Haq)
2. Tujuan Al-Quran diturunkan utk dijadikan pedoman.
3. Sifat taqwa akan tercapai jika Al-Quran dijadikan panduan.

Dalam Surah Yassin Ayat 60 & 61 yang bermaksud :
60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu: "Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu."

Maksudnya: Bukankah Aku telah jelaskan kepada kamu hai manusia anak cucu Adam dengan sejelas-jelasnya melalui hujah yang kukuh,Aku anugerahkan akal supaya kamu berfikir,Aku utuskan Rasul-ku untuk membimbing kamu ke jalan yang lurus dan Aku turunkan Al Kitab untuk menjelaskan kepadamu manakah jalan yang boleh menyampaikan kamu kepada kejayaan.Oleh itu janganlah kamu patuhi kehendak syaitan yang sentiasa mendorong kamu kepada maksiat dan menyalahi perintah-Ku. Kemudian Alllah S.W.T sebutkan sebabnya mengapa kita dilarang menyembah syaita: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan setelah kita dilarang menyembah syaitan lalu kita disuruh supaya hanya menyembah-Nya sahaja:

61. dan hendaklah kamu menyembah-ku.Inilah jalan yang lurus.

Maksudnya: Hanya Aku sahaja yang wajib kamu sembah iaitu dengan melaksanakan suruhan-suruhan Ku dan menjauhi larangan2Ku.Kemudian dijelaskan pula bahawa segala suruhan-Nya dan larangan-Nya adalah jelas dan mudah belaka ,tidak susah difahami dan tidak pula berat diamalkan.Inilah jalan yang lurus.

Pengajaran Ayat:

1). Kita dilarang oleh Allah beribadat kepada syaitan.Asal makna beribadat dalah tunduk dan patuh.Bukan terbatas hanya pada rukuk dan sujud.Oleh sebab itu makna larangan beribadat kepada syaitan dalam ayat tersebut ialah agar kita jangan mengikuti rayuan dan godaan syaitan.
2). Makna syaitan ialah "Jauh dari Kebenaran".Sedangkan "Kebenaran" pula adalah datang daripada Allah.Jadi segala usaha penggoda yang ingin menjauhkan kita dari jalan Allah maka usaha itu dapat digolongkan sebagai usaha syaitan.
3). Syaitan ada dua jenis iaitu syaitan jin dan syaitan manusia. Firman Allah : 'Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh ,iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin." - (Al An'aam / 6:12)
4). Allah memanggil manusia dalam ayat ini dengan panggilan "Hai Anak cucu Adam" , bukan dengan panggilan "Hai sekalian manusia".Rahsianya seolah-olah Allah ingin menyegarkan dalam fikiran kita kembali tentang peristiwa pahit yang pernah menimpa datuk kita Adam "Alaihissalam, yang kerana mengikuti rayuan syaitan lah akhirnya beliau dan nenek kita Saidatina Hawa dikeluarkan dari Syurga.
5). Manusia akan memperolehi "Jalan yang Lurus" jika mereka menyembah hanya kepada Allah iaitu dengan mematuhi titah perintah-Nya.Oleh sebab itu jika manusia hanya memohon: "Ihdinas Shirratal Mustaqim" (Tunjukilah kami jalan yang lurus) dengan lisannya,tetapi sikap dia tidak melaksanakan suruhan-Nya dan tidak menjauhi larangan-Nya , maka doanya itu tidak akan makbul walaupun ribuan kali diucapkannya dalam sehari.
6) "Jalan yang lurus" mempunyai 3 sifat utama:
1). Jalan tersebut lebih pendek jika dibandingkan dengan jalan yg bengkok
2). Jalan tersebut lebih cepat sampai ke tempat tujuan iaitu keredhaan Allah
3). Jalan tersebut lebih mudah dilalui jika dibandingkan dengan jalan yang tidak lurus.Ketiga-tiga sifat ini terdapat dalam Sunnah Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda adalah "pembawa jalan yang lurus". Lihat ayat 3 dan 4 surah Yassin.


Dalam Surah Yassin ayat 3 & 4 yg bermaksud:
3. Sesungguhnya kamu salah seorg drp rasul.
4. (yang berada) diatas jalan yg lurus.

Kenyataan drp Allah pd kedua2 ayat diatas ini sgt mustahak, sama ada bagi diri Rasulullah S.A.W secara peribadi atau pun bagi umatnya.Ia berguna bagi diri rasul sbg penghibur dan lebih menguatkan lagi semangat juangnya.Dan bagi umatnya pula ialah supaya mereka tdk ragu lagi bahawa segala yg dibawa oleh Rasulullah S.A.W itulah jalan yg lurus.

Moga ada manfaat,

Wallhuaqlam.

No comments:

Post a Comment