Wednesday, November 19, 2008

Syarat taubat bagi mereka yang menyembunyikan kebenaran dan petunjuk Allah.

Tafsir Ayat 160 Surah Al-Baqarah.

Terjemahan Ayat; yang bermaksud: kecuali mereka yang telah bertaubat dan mengadakan perbaikan danmenerangkan kebenaran, maka terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang (160)

Di dalam ayat di atas Allah S.W.T menyatakan tiga syarat yang mesti dipenuhi oleh orang yangmenyembunyikan kebenaran dan petunjuk Allah jika mereka benar-benar ingin mendapat ampunan daripada Allah, iaitu:

1). Bertaubat kepada Allah.

Bertaubat kepada Allah mestilah pula memenuhi tiga syarat, iaitu:
Pertama: Iqlaa' ; iaitu meninggalkan kejahatan berkenaan.
Kedua: Nadam ; iaitu menyesali kejahatan tersebut.
Ketiga : 'Azam ; iaitu bertekad untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.

2). Membuat Perbaikan
Taubat seseorang belum dianggap sempurna sekiranya ia hanya meninggalkan kejahatan tetapi masih tidak suka membuat perbaikan.Dia mestilah memperbaiki keadaan dirinya sehingga menjadi orang yang gemar melakukan amal soleh.

3). Menerangkan kebenaran.
Selain dua syarat diatas dia juga mestilah menerangkan dan membuat pengisytiharan tentang kebenaran yang selama ini disembunyikannya. Syarat ini sangat penting disempurnakannya supaya mereka yang elah diselewengkannya itu dapat menyedari kekeliruan mereka dan selanjutnya boleh kembali kejalan yang benar.Cth. Ayah Pin yg sesat , dia mesti isytiharkan kesesatan itu kepada semua pengikutnya.

Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Takbir!!!

No comments:

Post a Comment