Tuesday, October 28, 2008

Baru-baru ini kampung ku telah dikejutkan dengan berita yang amat memalu dan menjijikkan , jamuan Aidilfitri kononnya disambut namun berakhir dengan Pesta Maksiat , berkaroke bercampur lelaki dan perempuan tanpa segan silu tak kira cuaca hujan atau tidak sehinggalah ke tengah malam sehinggakan jelas kedengaran oleh penduduk kampung yang berjiran dengan kampungku. MEMALUKAN itu sahaja yang boleh kukatakan , sungguh tidak disangka PEMUDA UMNO sanggup mencemarkan nama baik kampung sehingga ketahap ini dan ia pula dijalankan dengan kerelaan oleh adik beradik ku yang dulunya merupakan rumah tok guru yang mengajar Al-Quran , kami dulu kalau nak berhibur pun hanya dengan Berzanji,Marhaban & Bardah , tapi kini semuanya dah berubah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sentiasalah kaki anak Adam berdiri di hari kiamat dihadapan TUHANnya sehingga dia ditanya empat perkara: Umurnya kemana dihabiskannya.Masa mudanya dimana dipergunakan.Hartanya dari mana ia peroleh dan kemana dibelanjakannya serta ilmunya sejauh mana dia mengamalkannya." hadis Riwayat al-Tirmizi

Kematian Tok Rahmah & Tok Banun baru2 ini sepatutnya dijadikan iktibar agar kita lenih bertaqwa kepada ALLAH S.W.T. Taqwa dalam erti kata sebenar iaitu membenteng diri kita daripada kemurkaan dan azab ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA. Bukannya berpesta sebegitu.

Yang lebih terharu lagi bila kita anjurkan majlis ilmu disurau , kelibat mereka langsung tidak kelihatan.Wahai saudara-saudaraku sekalian ingatlah kehidupan dunia adalah kehidupan yang sementara.Dunia hanya tempat persinggahan bagi menyediakan bekalan untuk menuju ke akhirat. Disinilah manusia akan diuiji siapakah antara mereka bertaqwa kepada ALLAH S.W.T dengan menjadikan kehidupan dunia ini sebagai persediaan menuju akhirat dan siapakah yang menjadikan kehidupannya semata-mata untuk dunia tanpa menghiraukan kehidupan akhirat.

Menurut Abu Said al-Khudri r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya dunia ini cantik dan indah.Sesungguhnya ALLAH S.W.T menjadikan kamu khalifah didalamnya dan DIA akan memerhatikan bagaimana kamu manguruskannya. Oleh itu takutlah kamu kepada (fitnah @ ujian) dunia." Hadis riwayat Muslim.

Insaflah wahai hamba-hamba ALLAH sebelum tiba saat kematian.Ingatlah firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Syuara: 88-89 yang bermaksud :
"Pada hari itu (Hari Kiamat) harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi manfaat sedikitpun.Kecuali orang yang datang kepada ALLAH dengan hati yang selamat sejahtera(selamat daripada syirik, atau mati dalam iman dan tauhid)."

Wallahuaqlam,

Moga ada manfaat. TAKBIR!!!

No comments:

Post a Comment