Pada 29 Syawal 1429 diberi kesempatan oleh Allah S.W.T kepada penulis untuk menghadiri Seminar Penghayatan Sunnah yang berlansung di Dewan Warisan Kangar anjuran Pejabat Mufti Negeri Perlis. Dua kertas kerja telah dibentangkan di seminar tersebut iaitu oleh Dr. Azwira b. Abdul Aziz Pensyarah Kanan,UKM Bangi (Kertas Kerja 1: Lebai & Baju putih > gambar diatas) yang bertajuk Amalan Sunnah yang Diabaikan dan Ust. Fathulbari bin Mat Jahya Pendakwah Bebas Kementerian Luar Arab Saudi (Kertas Kerja 2) ; Bidah ; Satu Penilaian.Hanya satu kertas kerja sempat diikuti antara yang menarik untuk dikongsi bersama dan anda semua perlu menepuk dada lalu tanyalah iman apakah antara 40 pengabaian yang berlaku terhadap sunnah fi'liyyah seperti senarai dibawah ini ada kewajarannya:
- Menginai uban janggut dan rambut dengan warna selain warna hitam.
- Mengkhatan dan menindik telinga bayi pada hari ke 7 selepas lahir.
- Betayamum dengan debu dinding.
- Menjimatkan air ketika wuduk dan menunaikan solat sunat wuduk selepas wuduk.
- Menyapu atas stoking dan sepatu ketika wuduk.
- Berwuduk sebelum mandi wajib.
- Berwuduk sebelum dan selepas bangkit dari tidur.
- Berwuduk sebelum mengulangi jima'.
- Azan dan iqamah ketika solat dimana sahaja dan bersalawat kepada Nabi s.a.w selepas azan.
- Bersolat sambil memakai sepatu/kasut yang bersih sekali sekala.
- Membaca ayat 136 Surah al-baqarah dan ayat 64 surah Al-Imran dalam sunat subuh.
- Tidur mengiring selepas sunat subuh.
- Menunggu waktu solat dhuha selepas solat subuh di masjid dan menunaikannya.
- Menyaringkan bacaan surah dalam solat sirriyyah sekali sekala.
- Berdoa, bertasbih dan bertaawwuz ketika membaca ayat yang berkenaan.
- Menjawab salam dengan isyarat tangan ketika sedang solat.
- Menghimpun dua surah dalam satu rakaat.
- Menghembus kesebelah kiri tiga kali ketika terasa ada was-was daripada syaitan Khinzab.
- Menambah ungkapan 'wabarakatuh' diakhir salam solat dan mengucap salam ketika bersurai dari majlis.
- Solat sunat ringkas dua rakaat sebelum solat tahajjud.
- Solat ringkas dua rakaat , kadang kala sambil duduk, selepas solat witir.
- Membaca doa qunut solat witir sebelum roku'.
- Solat sunat dua rakaat dan bersedekah ketika taubat.
- Solat hariraya dikawasan lapang.
- Membayar zakat fitrah dengan makanan ruji kepada fakir miskin.
- Memulakan takbir Raya Puasa dari subuh pagi raya sehingga solat hariraya dan memulakan takbir Raya Haji dari pagi hari Arafah sehingga waktu Asar hari ketiga tasyriq (13 Zulhijjah)
- Solat sunnat dua rakaat dirumah sebaik kembali dari solat Hariraya.
- Solat sunat dua rakaat di masjid berdekatan sebelum pulang kerumah dari perjalanan musafir.
- Solat Gerhana secara berjemaah di masjid jamik.
- Solat Istisqa. (minta Hujan) dikawasan lapang.
- Mengebas tilam dengan kain sebelum tidur.
- Membuang benda bahaya dijalan awam.
- Penampilan berkaki ayam sekali sekala.
- Mendedahkan anggota badan kepad titisan air hujan.
- Menulis wasiat dengan muqaddimah.
- Berwasiat supaya kematian diurus mengikut sunnah.
- Memudahkan proses perkahwinan dan perceraian.
- Memberi hak kediaman di rumah perkahwinana bagi wanita dalam iddah cerai.
- Berjihad sekurang kurangnya sekali setahun.
- Mengamalan zikir harian.
Wallahuaqlam, moga mendapat manfaat.
No comments:
Post a Comment