Tuesday, October 21, 2008

Tazkirah Kematian













Seawal pagi dalam perjalanan ke pejabat penulis telah menerima panggilan talifon dari Pengerusi PAS Caw. Kg. Manggol memberitahu berita tentang kematian Mak Cik Rahmah isteri kepada Tok Saad Awang yang telah lebih seminggu KOMA setelah diserang strok , setelah seminggu terlantar di Hospital Jitra , maka semalam Allah S.W.T telah menjemput Mak Cik Rahmah.Minggu lepas pula arwah Tok Banun Tok Bakar Kedai , juga telah kembali kerahmatullah.Sementara itu sahabat di tempat kerja juga telah kembali kerahmatullah iaitu Tn. Hj. Fisol yang acapkali menyertai Tadarus Al-Quran anjuran Biro Agama , dan Ibu Mertua kepada rakan sekerja dan seperjuangan Sdr. Yazi juga kabarnya telah selamat diuruskan jenazahnya, kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita , didoakan agar Roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh , amin Ya Rabbal Alamin!.

Dalam Surah AlJumaah : 8 , Allah berfirman yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammmad): sebenarnya maut yang kamu lari daripadanya itu akan tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu DIA memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)"

Dalam Surah Al-Mulk ayat2 pula ALLAH berfirman yang bermaksud :
"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan, untuk menguji dan menzahirkan siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya; dan DIA Maha Kuasa (membalas amalan kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)."

Oleh itu sedarlah saudara dan saudari sekalian, kematian merupakan perpindahan dari alam dunia menuju ke akhirat dimana kita akan dibalas setimpal dengan amalan kita di dunia. Marilah kita bertaubat dan meninggalkan maksiat yang kita lakukan.Berubahlah sebelum ajal menemui kita.

Gunakanlah peluang yang masih ada untuk meningkatkan amalan kerana dengan amal soleh sahaja kita boleh menikmati kebahagian di akhirat.

Menurut Anas bin Malik r.a , Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Keluar mengiringi mayat itu tiga perkara: Keluarganya, hartanya dan amalannya.Maka dua daripadanya akan pulang (meninggalkannya di kubur) iaitu keluarga dan harta adapun amalan akan kekal bersamanya." Hadis riwayat a-Bukhari dan Muslim.

Marilah kita merenung sejenak, bayangkan kita mati sambil terbujur di atas katil, ditudung , dikelilingi oleh kaum keluarga, diziarahi sahabat handai, kemudian dimandikan, dikafan, disembahyangkan dan diusung ke kuburan; terus dimasukkan kedalam liang lahat, ditimbus dan diakhiri dengan doa.Kita kembali kepada ALLAH dengan sehelai sepinggang menunggu soalan-soalan yang bakal ditanya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sentiasalah kaki anak Adam berdiri dihari kiamat dihadapan TUHANnya sehingga dia ditanya empat perkara: Umurnya kemana dihabiskannya. Masa mudanya dimana dipergunakan. Hartanya dari mana ia peroleh dan kemana dibelanjakannya serta ilmunya sejauh mana dia mengamalkannya." - Hadis riwayat ar-tarmizi.

Akhir sekali, marilah kita mengisafi akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri.Kita isi hidup kita dengan amalan-amalan soleh. Segeralah bertaubat daripada segala dosa-dosa sebelum maut menemui kita.

Moga ada manfaat!!

Wallahua'qlam.

No comments:

Post a Comment