Friday, February 27, 2009

Sah , memang UMNO gangster.

Petang kelmarin ,kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno dipercayai dari Selangor tiba-tiba menyerang Parlimen. Sasaran mereka ialah seorang Ahli Parlimen bernama Karpal Singh yang bertaraf OKU.Bila gambar serangan kumpulan itu tersiar di TV malam tadi jelas kelihatan wajah-wajah bengis penyerang ketika berhadapan dengan orang tua OKU itu. Selain dari penyerang, kelihatan beberapa orang yang cuba melindungi Karpal. Suasana sungguh kecoh yang pasti menarik perhatian wartawan, termasuk wartawan asing. Bagus juga, sekali lagi nama Malaysia harum di luar negara hasil kerja Karpal dan kumpulan penyerang dari UMNO itu.

Tentu ada yang berpendapat Karpal memang patut diserang kerana keceluparannya. Jika di kampung memang mulut celupar Karpal sudah lama dicili apikan. Cuma jika di kampung, kalau nak serang mereka tengok-tengok orang juga. Orang OKU macam Karpal tentu mereka tak tergamak nak serang. Mungkin setakat maki hamun sajalah. Serang OKU cuma menjatuhkan maruah penyerang saja.

Nampak sangat Karpal yang celupar itu memang tersalah jolok sarang tebuan kali ini. Dulu apabila dia berkata langkah mayatnya dahulu jika hendak laksanakan undang-undang Islam, ia tidak menimbulkan kemarahan Pemuda UMNO, kerana mereka juga seperti Karpal tidak menyokong pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Justru bila Karpal menghina agama Islam, Pemuda UMNO tidak tersingung, mereka tidak pun menyerang balas Karpal. Yang mereka tersinggung ialah apabila parti mereka dihina. Bagi mereka parti lebih penting dari segala-galanya, termasuk agama.

Itulah ameno yang kononnya pejuang Islam?? Puihh!! Nak temuntah aku.

No comments:

Post a Comment