Sunday, December 27, 2009

Terima Kasih / Thank You / Jazakallah




Assalamualaikum,

Kalau UMNO bagi sumbangan Jalan tar sekerat-sekerat, pilih kasih , hanya kepada ahli mereka sahaja, MKK pula tidak memilih bulu , walaupun sumbangan tanah yang tak seberapa jika dibandingkan dengan jalan mini tar, namun apa yang menyedihkan ialah tindakan mereka itu, namun apa boleh buat dah memang sikap mereka begitu, itulah UMNO, phd, yang mereka ada memang susah hendak dihakis walaupun kepada adik beradik mereka sendiri. Tak mengapalah, itu semua hanya untuk dunia yang fana, akhirat jua kekal abadi.

Alhamdulillah, walaupun sedikit amal/jasa yang mampu disumbangkan buat masyarakat kampung namun moga ALLAH menilainya sebagai amal soleh yang bermanfaat diakhirat kelak,InsyaAllah. Amin ya rabbal a'alamin.

Baru-baru ini Kg. Manggol telah menerima sumbangan batu dari Majlis Daerah Kbg. Pasu dan Khemah Kenduri sumbangan PAS Kawasan, menerusi laman blog ini saya bagi pihak penduduk kampung ingin merakamka juaan terima kasih diatas sumbangan ini, semoga Allah memberkati usaha mereka yang terlibat didalam urusan sumbangan ini demi kebaikan semua penduduk kampung tak kira parti mana pilihan mereka. Itu lah PAS yang melihat keadilan adalah segala-galanya dan "sesungguhnya Allah menyuruh kita berbuat keadilan".

Allah Berjanji akan Melipatgandakan Perbuatan Hamba-hamba-Nya yang Berbuat Kebaikan

Allah berjanji akan melipatgandakan perbuatan hamba-hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Sebagian ayat-ayat al-Qur'an yang membincangkan masalah ini adalah sebagai berikut:

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya.” (Q.s. al-An'am: 160).

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.” (Q.s. an-Nisa': 40).

Tanda yang paling jelas bahawa Allah melipatgandakan setiap perbuatan baik adalah perbezaan antara kehidupan di dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia sangatlah singkat waktunya, yang lebih kurang berlangsung selama 60 tahun. Namun, orang-orang yang sibuk membersihkan diri mereka dan sibuk dalam amal saleh di dunia ini akan memperoleh pahala berupa kebaikan tidak terbatas di akhirat sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan selama kehidupannya yang singkat di dunia. Allah telah menyatakan janji ini dalam sebuah ayat sebagai berikut:

“Bagi orang-orang yang berbuat baik ada pahala yang terbaik dan tambahannya.” (Q.s. Yunus: 26).

Kita perlu merenungkan pengertian "tidak terbatas" agar dapat memahami besarnya pahala ini. Marilah kita bayangkan tentang semua orang yang pernah hidup di bumi, orang-orang yang sedang hidup di bumi, dan orang-orang yang akan hidup di bumi, bagaimana mereka menghabiskan setiap detik dalam kehidupan mereka. Tentu saja angka ini akan sangat besar jika dituliskan. Namun, sesudah "tidak terbatas", bahkan angka yang sangat besar ini tidak bererti apa-apa. Kerana "tidak terbatas" maknanya adalah tidak ada akhirnya, tidak memiliki batas waktu. Orang-orang yang taat kepada Allah ketika di dunia, mereka ketika di akhirat akan bertempat tinggal di surga. Mereka akan tinggal di sana untuk selama-lamanya, mereka akan memperoleh apa saja yang mereka inginkan, yang tidak ada batasnya. Tentu saja ini merupakan contoh yang harus direnungkan agar kita dapat memahami besarnya kasih sayang dan rahmat Allah.



Wallahuaqlam.

Sunday, November 8, 2009

5 Resolusi yang ditunggu-tunggu....... Semua Cawanagn Wajib sahut seruan.

Ayuh semua ahli di akar umbi bangun dari mimpi yang indah, 5 Resolusi telah pun di sepakati, tinggal pelaksanaannya sahaja yang secara secepat yang mungkin wajib dikotai, jangan cakap lain buatnya lain.

Dah lama dah, Cawangan PAS yang baru ditubuhkan menantikan Resolusi seumpama ini, terutamanya resolusi yang ke #5. InsyaALLAH jika semua serious dengan apa yang disepakati ini, InsyaALLAH kejayaan,kemenangan dipihak kita.

Resolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa' juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

Wallahuaqlam.

Laporan Prestasi PAS, Mengejutkan.

Imej PAS dilihat menjadi semakin negatif terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pendedahan yang mengejutkan itu didedahkan oleh pengkaji politik, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS di Tmn. Melewar kelmarin.
Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat keatas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.

Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS.

Sementara itu bagi golongan kelompok umur 31-40 tahun, seramai 519 orang menyatakan pandangan negatif manakala seramai 181 orang adalah positif.
“Ini bermakna hanya seramai 181 orang daripada kelompok umur berkenaan menyatakan PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada,” kata Abu Hassan pada seminar yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan.

Sementara itu, sejumlah 751 orang daripada kumpulan umur 41-50 menyatakan telah hilang sokongan terhadap pemimpin PAS manakala sejumlah 396 responden masih menyokong.
Dalam pada itu, Abu Hassan berkata satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.

“Barisan kepimpinan serta peserta seminar ini perlu memandang berat mengenai perkara ini, kebanyakan daripada jawapan-jawapan positif atau yang menyokong adalah daripada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kajian Abu Hassan juga turut memfokuskan kepada kempimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, dalam kumpulan umur 21-30 tahun, seramai 493 responden memberikan jawapan negatif manakala seramai 207 responden menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdul Hadi.
Manakala bagi kelompok umur 31-40 tahun, seramai 539 orang menyatakan jawapan yang negatif dan seramai 161 orang adalah positif.

Selain itu, dikalangan responden yang berumur 41-50 tahun, seramai 383 orang menyatakan pendirian tidak menyokong dan 317 respon adalah sebaliknya.

Jelas Abu Hassan, pendirian yang agak seimbang bagi kelompok umur 41-50 tahun menunjukkan golongan tersebut lebih berpengalaman dalam politik.

“Namun dua generasi yang lebih muda (21-30 tahun dan 31-40) kelihatan sangat agresif dan bergantung kepada tanggapan semata-mata,” katanya.

Lu pikir la sendiri !!!

Friday, November 6, 2009

Pengajaran dari satu penampar




mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negera kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke
neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"
'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Saturday, October 31, 2009

TGNA di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak


YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat didampingi oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, dan Pengerusi DAP Perak berada dipentas utama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak .

Tuan Guru tiba untuk memberi ucapan penutup dalam konvensyen sehari yang bersejarah itu yang dihadiri oleh lebih 600 orang peserta.

seterusnya baca di http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/tok-guru.html

PAS FOR ALL


Kembalilah kepada Allah & Rasul

Salam ukhwahfillah,

Al Maidah 44 ~ 45 , Panduan & Rujukan terbaik untuk semua.

Hidup mesti JELAS ..... Kembalilah kepadaNya.


3 tanda kekotoran hati

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.

Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.


Moga Ada Manfaat,


Wallahuaqlam.

Tuesday, August 25, 2009

Ibadat puasa landasan terbaik mentarbiyah diri



ALLAH berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183; Ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana difardukan ke atas orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu termasuk dalam golongan orang bertakwa.”

Allah menghubungkan dalam ayat ini kaitan di antara ibadat puasa dengan pembentukan insan bertakwa. Sudah tentu ada rahsia yang amat berharga terkandung dalam ibadat puasa sebagai pemangkin kepada ketakwaan dan kekuatan orang mukmin.

Di sinilah pentingnya bagi kita untuk membuka tabir rahsia puasa sebagai salah satu bahagian terpenting daripada ibadat itu.

Sebagai seorang Muslim mukmin yang sejati, kehadiran Ramadan yang terkandung di dalamnya tuntutan berpuasa sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan menjadi bahan kegembiraan yang tiada tolok bandingnya bagi kita semua.


Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia puasa yang utama yang membolehkan kita merasakan kenikmatannya dalam ibadat ini.

Pertama, menguatkan jiwa iaitu dalam hidup, banyak kita dapati manusia yang didominasi oleh hawa nafsunya, lalu manusia itu menuruti apa pun yang menjadi keinginannya meskipun keinginan itu adalah sesuatu yang bathil dan mengganggu serta merugikan orang lain.

Kerana itu, di dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan terjadi kerana manusia yang kalah dalam perang melawan hawa nafsu itu akan mengalihkan penuhanan daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Besar kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memperhatikan masalah ini dalam firman-Nya;

Ertinya: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (al-Jaathiyah (45): 23).

Kedua, mendidik keinginan ke arah kebaikan iaitu puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan yang sungguh-sungguh kepada kebaikan, meskipun untuk melaksanakan kebaikan itu terhalang oleh pelbagai mehnah atau tribulasi (kesukaran). Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik, meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar.

Dalam kaitan ini, puasa akan membuat kekuatan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani yang unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi dan kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

Ketiga, menyihatkan badan iaitu di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa juga akan memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, tetapi juga sudah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan dunia yang membuat kita tidak perlu meragukannya.

Keempat, mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur. Dalam hidup ini, sebenarnya sudah terlalu banyak kenikmatan yang Allah berikan kepada manusia, tapi banyak pula manusia yang tidak pandai mensyukuri.

Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua, dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya. Padahal, kalau manusia mau memperhatikan dan merenungi, apa yang diperoleh sebenarnya sudah sangat menguntungkan kerana begitu ramai orang yang tidak memperoleh sesuatu seperti mana yang diperoleh olehnya ataupun orang lain memperoleh sesuatu melalui jerih payah kesukaran berbanding dengan dirinya.



Kelima, mengingati dan merasakan penderitaan orang lain. Merasa lapar dan haus juga memberikan pengalaman kepada kita bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain.

Sebab, pengalaman lapar dan haus yang kita rasakan akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam saja), sementara penderitaan orang lain entah bila akan berakhir.

Dari sini puasa akan menumbuhkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang mengalami penderitaan yang hingga kini masih belum selesai, seperti penderitaan saudara-saudara kita di Chechnya, Kosovo, Iraq, Palestin, dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah) agar dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan-persoalan umat yang menderita.

Sebagai kesimpulannya bolehlah dinyatakan bahawa oleh kerana rahsia puasa sesuatu yang amat penting bagi kita, sudah sepatutnyalah kalau kita menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dengan penuh rasa gembira, sehingga kegembiraan kita ini akan membantu melaksanakan ibadat Ramadan dengan penuh keinsafan dan keringanan meskipun sebenarnya ibadat Ramadan itu berat.

Agar dengan menunaikan ibadat puasa ini mampu mendatangkan kekuatan kepada kita semua dan termasuk ke dalam golongan orang mukmin yang bertakwa.

Sunday, August 2, 2009

GMI berjaya?

Sekitar Perhimpunan GMI 1Ogos 2009

Suasana Himpunan di Sekitar SOGO
Ucapan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub dan Pengerusi GMI, Syeb Ibrahim bin Syed Noh


PENANGKAPAN PENYOKONG PERHIMPUNAN

HIDUP HIDUP , HIDUP RAKYAT , MANSUH MANSUH , MANSUH ISA!!! TAKBIR!!!

SUASANA DI DEPAN PEJABAT AGUNG PAS

SUASANA SEBELUM PERHIMPUNAN

Saturday, August 1, 2009

Anda wajib BACA


Catatan Anak Seorang Tahanan ISA - Oleh Suhaib Mat Sah. Anda wajib BACA
Posted on Friday, July 31 @ 12:00:00 PDT by KetamBatu

Artikel Oleh Amdang81

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa.

Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu.

Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.

SEBARKAN!!!!

Thursday, July 23, 2009

Bah. 1

Bah. 2

Bah. 3


Bah. 4

Tuesday, June 23, 2009

Alhamdulillah , tamat jua akhirnya .........

Kenyataan TGNA,
"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Wednesday, June 17, 2009

Kerajaan Perpaduan:Perangkap Umno pada PAS-Nik Aziz

Jangan biarkan Umno bersorak meraikan perbalahan dalaman PAS dan juga dengan Pakatan Rakyat.

Takbir!!!

Tuesday, June 16, 2009

Kubur 3 beradik

Al Fatihah buat Tok Harun ,

Hebat kerja Allah, baru je penduduk kampung dikejutkan dengan 2 kematian boleh dikatakan serentak , selang 3 hari je dah tetamu yang ke tiga (3) pula di jemput oleh Izrail, beberapa bulan yang lalu 3 kematian yang berturut-turut juga , kalau tak insaf lagi tak tau la penduduk kampung Manggol ni... kalau pergi dengan adanya niat dihati untuk memperjuangkan Islam tak apa la juga takut-takut kalau masih ditakuk lama juga tak berubah-ubah , dulu kini dan selamanya , bawa ke kubur pun itulah juga, maka tepuk dada tanya Iman , sudahkah anda Menyokong Perjuangan Islam? dan Apa Erti Anda Menganut Islam? Sudah kah anda bersedia menghadapi soalan mungkar nakir , antaranya apakah ikutan mu? Al-Quran??? Tapi mengapa kamu menolak mereka yang memperjuangkan apa yang terkandung didalam Al-Quran?? Mengapa kamu menyokong mereka yang sudah 15tahun memerintah tapi masih tidak melaksanakan hukum yang terkandung didalam Al_quran??

Bukan niat untuk menuduh sesiapa , menolak atau menerima ajaran Al-Quran & menyokong @ menolak perjuangan yang berlandaskan Al_quran CUMA sekadar memperingatkan , Hai penduduk Kg. Manggol , ingatlah kematian pasti menjelma, pada masa detik dan ketikanya.... maka sudahkah anda semua menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan diatas tadi???

Kembalilah kejalan Allah.....

Wallahuaqlam.

Sunday, June 14, 2009

Al Fatihah buat Dr. Syeikh Fathi Yakan


Al-Fatihah , penulis buku yang bertajuk diatas "Apa Erti Saya Menganut Islam" telah kembali ke Rahmatullah pada petang Sabtu dan jenazah beliau telah dikebumikan pada petang tadi di Utara Lubnan.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.


Amin Yarobbal A'lamin....

Takziah buat Keluarga Pengerusi UMNO Caw. Kg. Manggol

Al-Fatihah & Salam Takziah,

Penduduk Kg. Manggol dikejutkan lagi dengan berita kematian 2 orang pada hari yang sama , itu lah kerja Allah , bukan kata 2 malah semuanya pun boleh, hanya dengan "Kun Fayakun" maka jadilah apa sahaja yang di perintahkanNya. Kembalinya Allahyarhammah Tok Wa Jam & Kak Chah yang juga merupakan Ibu Saudara dan Kakak kepada Pengerusi UMNO Caw. Kampung Manggol , bagi pihak PAS Caw. Kg. Manggol ucapan takziah diucapkan , dan didoakan agar Allah menempatkan kedua-dua roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Robbal Alamin.



Wallahuaqlam.

Sunday, June 7, 2009

Adakah musuh dalam selimut @ Musang berbulu ayam dalam PAS??


Mengapa harus ada persoalan yang berbangkit yang telah jauh menyimpang dari wacana perjuangan PAS yang sebenar , mengapa harusnya ada sikap tidak puas hati lantas ditimbulkan isu yang tak sepatutnya ditimbulkan? Apatah lagi jika isu itu hanyalah mungkin salah faham . Dan mengapakah ia nya ditimbulkan selepas seseorang itu hajatnya tidak kesampaian? Jadi semua persoalan 'mengapa' itu selalu ditimbulkan selepas tamat sesuatu persidangan yang ada pertandingan.Nah dalam Muktamar PAS yang ke 55 pun ada. Mengapa semua ini terjadi?? , tepuk dada tanya iman??

"Saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut. - TGHD

"Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah," jelasnya, sambil meminta maaf jika ucapannya itu disalahfaham.

Bekas pensyarah agama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga mengingatkan penyokong PAS supaya berhati-hati dengan laporan media "selain Harakah dan Siasah" yang belum dapat dipastikan kesahihan laporan mereka.

Mengulas lanjut isu "musuh dalam selimut", Dr Haron hari ini berkata, dengan keahlian parti mencecah jutaan orang, sudah tentu musuh besar seperti Amerika Syarikat dan Israel merancang menggendalakan agenda Islam yang ingin dibawa PAS.

Dr Haron sebelumnya mengkritik sikap tidak patuh kepada pemimpin dan "lawan taukeh" yang disifatkannya sebagai "penyakit parti politik tidak Islam" agar tidak berjangkit ke dalam PAS.

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan dengan laungan takbir daripada kira-kira 2,000 hadirin yang hadir.



Wallahuaqlam.

Miau-miau , awas UMNO macam kucing.....

SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."

Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.

"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan
dan pemerhati muktamar.

Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."

Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.

"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.

Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS

Nasharudin Mat Isa, (480)


Naib Presiden

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)


Ahli Jawatankuasa Kerja


1) Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato’ Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

Semoga barisan ini dapat membawa PAS kemercu kejayaan.InsyaALLAH.

Wallahuaqlam.

Friday, June 5, 2009

Kerjasama erat yang diperlihatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar sempena Muktamar PAS Pusat kali ke-55.


Macam mana Ust. ada harapan lagi ka? Bang Mat tak pa lagu mana pun.....


Kepada semua perwakilan , selamat menunaikan amanah , pilihlah yang terbaik.

Muktamar: Ucapan dasar Ketua Pemuda sarat pesanan


Keputusan Pemilihan Dewan Muslimat Pas Pusat


Thursday, June 4, 2009

Best of the Best or Beauty of the Beast.......

Amboi, seminggu lebih tak dan nak posting artikel baru dibebani tugasan ke seberang laut,hingga hari ni baru diberikan kesempatan olehNya.Rata-rata di mana sahaja ahli-ahli PAS sibuk berbicara erdogan vs ulama la dan lain-lain lagi, apa ertinya semua itu? Keputusan Dewan Muslimat dah pun diketahui , namun esok penentuan yang lebih bererti lagi. Bukan pengabdian yang dicari namun entahlah , mengapa harus adanya seolah-olah perebutan kuasa dan pengabdian sesama kita.Namun diharapkan tidak. Andainya pengabdian manusia bukan kerana Allah Yang Esa dengan mematuhi segala perintah-Nya , maka bererti pengabdian itu adalah untuk manusia.Sesungguhnya agama Allah dilahirkan adalah untuk membebaskan manusia dari menyembah manusia.

Yang penting sekarang kita berikan sedikit perhatian terhadap kekeliruan yang mendukacitakan itu.Pilihlah yang terbaik dikalangan mereka yang terbaik.Bagi pihak Cawangan , kami akur dan redho dengan bakal keputusan yang terbaik itu.

Wallahuaqlam

Tuesday, May 26, 2009

Masa depan ditangan Islam.....

Salam Perjuangan,

Terbukti sudah hanya Islam yg sanggup menyelamatkan manusia daripada bahaya yang disebabkan oleh pengaruh kebudayaan materialism, maka Islam samewujudkan satu sistem yang dapat memberi manusia suatu sistem yang sesuai dengan kejadian dan keperluan hakikinya.Islam sahaja yang dapat menyelaraskan langkah-langkah penciptaan kebendaannya dengan langkah-langkah kemuliaan rohaninya.Islam sahaja yang sanggup mewujudkan satu sistem yang realistik dalam kehidupan manusia, sehingga dapat diwujudkan suatu keseragaman yang belum pernah diketahui oleh manusia sebelumnya sepanang sejarah yang tertulis,selain daripada dibawah naungan Islam itu sendiri. Begitulah uniknya ISLAM , so , tunggu apa lagi jom ramai-ramai sertai Parti Islam Semalaysia (PAS).

Saturday, May 23, 2009

Ust. Badrul Amin di Jitra 25/5/09


Di jemput semua muslimin& muslimat , penyokong2 PR di sekitar Jitra, Kubang Pasu khasnya , menghadiri sessi taklimat bersama dengan Ust. Badrul Amin di Markaz Tarbiyyah Kubang Pasu



"Jika takut pada ujian jangan bicara tentang perjuangan"..


Pengunduran tentera British dan kemaraan Jepun.

Tentera British di bawah 15 Briged telah berundur ke Jitra dan kehilangan anggota dan senjata. Menambahkan lagi kelemahan persenjataan British berlaku apabila trup 6 Briged yang berundur dari Perlis ke Jitra. Di Manggol pada ketika itu terdapat sebuah jambatan. Kawasan itu adalah dalam tanggungjawab 15 Briged dan diperintah oleh batalion 1 Regimen Leicester. Laluan Jitra-Perlis melalui Manggol adalah dikira sebagai laluan strategi pengunduran tentera British dan kemaraan Jepun. Kerja pemasangan alatan letupan telah dilakukan bagi memperlahankan kemaraan Jepun. Pada 11 Disember itu, trup perlindungan dan pos luar di bawah 6 Briged diperintahkan berundur ke Jitra. Bagaimanapun, kesilapan telah berlaku; kerana menyangka pasukan yang berundur itu tentera Jepun, pihak pertahanan British di situ telah meletupkan jambatan Manggol itu. Akibatnya sejumlah kenderaan pengangkut berserta dengan tujuh meriam penangkis kereta kebal dan juga empat meriam laras tinggi terpaksa ditinggalkan di tebing sebelah jambatan Manggol itu. Keadaan ini mendedahkan lagi pasukan tentera British ini kepada kemaraan tentera Jepun.
Dalam kelam-kabut berundur dari Nongka, Panglima 15 Briged, Jen. Garrett dilaporkan "hilang" kerana terputus hubungan. Panglima 28 Briged Jen. Carpendale ditugaskan mengambil alih pemerintahan 15 Briged. Batalion 2/2 Regimen Refal Gurkha dari 28 Briged juga diletakkan sebagai simpanan 15 Briged. Keadaan ini menyebabkan hanya satu batalion sahaja yang tinggal di 28 Briged untuk melindungi kawasan Alor Star - Sungai Petani.

Maklumat: Terdapat sebuah Kubu lama British di belakang rumah Ketua PAS Cawangan yang menjadi tempat aku bermain semasa usia kecil ku dulu, kini .... Gambar akan diusahakan nanti.

Wallahuaqlam.

UBN di talkinkan sebab tu tak ada di Penanti


Aiit!!, UBN tak dak la kat Penanti pagi tadi, selalunya dia yg buat kalut , ooo rupanya dah di talkinkan. Betoi juga org dah mati mana mungkin boleh hidup balik , siap pi penamaan calon lak tu , kalau jumpa pun mungkin karin nya saja , tapi mayat2 bertutupkan bendera UMNO diatas bukanlah di Penanti, khabarnya dikaw. Pengerusi UMNO Kedah , sapa lagi kalau tak si anak Apdal tu, entah2 kat Manik Urai nanti terus dikapankan kalau tak pun PRU13 nanti pastinya ajalnya akan tiba , wallahuaqlam.

4 calon yg disahkan bakal berentap.

Kelihatan DSAI,Ust. Ahmad Awang dll bersama penyokong PR.

Srikandi Keadilan nampak sopan jika di bandingkan dgn PuteriUMNO.

Sekitar penamaan calon Penanti , pagi tadi...................



Hampa dengar sendiri apa DS Nizar komen....

Friday, May 22, 2009

A Guideline for Islamic Governance

In the Name of Almighty God, the All-Knowing, the Most Lovingly Compassionate


One's perspective regarding government and governance determines the way one ‎should cooperate with the people. If one recognizes government as a privilege and prey ‎of the governors, then the period of governance can be counted as an opportunity to fulfill ‎the expectations of certain individuals and groups or the ostentation and hedonism of the ‎governors.‎

But if in our view, "government" would be a responsibility before God for ‎establishing justice and a duty to ensure the rights of common people, serving the ‎servants of God and helping the oppressed- then the most important issue will be the ‎people's concerns. If this is the case, governors would not view themselves as better than ‎other people and they wouldn't put themselves in any other position except serving the ‎people.

Lembaga ini akan muncul di Manik Urai , berhati-hati

Masih ingat akan lembaga durjana ini , ia umpama dajjal tapi matanya dua tapi bisa membutakan mata manusia boleh menjadi sebelah mata dengan umpan yang amat lumayan , awas takut tergadai iman.

I nak pergi tandas,tak kan nak bagitahu u.. U nak ikut ke?

Wednesday, May 13, 2009

Isu Perak , Isu Muflis....



SEWAKTU kegawatan, ramai yang mengalami kesulitan. Malah, ada yang jatuh muflis atau bangkrap.

Nabi Muhammad saw pernah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kalian tentang orang yang muflis?"

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mereka dalam pandangan kami adalah orang yang tak punya satu dirham pun dan tak punya barang atau harta."

Rasulullah saw bersabda: "Al-Muflis atau orang yang bengkrap itu bukan demikian, melainkan orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa (pahala amal) kebaikannya sebesar gunung. Tapi dia pernah menganiaya orang dan melanggar kehormatan. Lalu pihak-pihak yang dizalimi ini mengambil seluruh kebaikannya (untuk menutupi dosa-dosa keburukan mereka), maka dia akan mengambil (dosa-dosa) keburukan mereka (yang telah dizaliminya) untuk ditanggungnya. Lalu, dia benar-benar dihentam dengan keras ke neraka." -- Syakhshiyyah Islamiyyah juz II/294, karya
An-Nabhani.

Kezaliman yang berlangsung di dunia fana ini sangat beragam jenisnya, tetapi intinya sama: merebut atau menganiaya hak orang lain.

Penganiayaan itu boleh berupa caci-maki, cubitan, tipuan, ghibah, membunuh dan segala gangguan terhadap badan, kekayaan dan kehormatan.(Kes di Perak tu termasuk gak la)

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf)-nya kini juga sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya." H.R. Bukhari-Muslim.

Moga ada manfaatnya.

Wallahuaqlam.

Kemenangan yang Hakiki....



Salam perjuangan semua,

Rata-rata laman blog membicarakan ketidak puas hatian terhadap keputusan mahkamah rayuan dek belum sempat menikmati kemenangan rakyat yang dijelmakan Allah hanya seketika. Maka perlu rasanya ada blog yang mendamaikan , mententeramkan seketika suasana yang bercelelaru ini.

Sesungguhnya kemenangan yang hendak dicapai itu bukan percuma tapi ia menuntut pengorbanan dan perjuangan yang istiqomah kerana Allah s.w.t , bukan kerana yang lain-lain (itu dikira syirik).

Janji-janji Allah s.w.t keatas hamba-hambanya tentang kemenangan itu tidak akan dimungkiri.Ia berlawanan dengan sifat Allah , ingat tu!. Maka , sekiranya umat Islam terus berpegang kepada apa yang dipesan oleh nabiNya iaitu Al-Quran dan al-Hadis.

InsyaAllah kita PASti memperolehi hari yang dijanjikan oleh Allah s.w.t iaitu "Kemenangan yang Hakiki".

Wallahuaqlam.


Monday, May 11, 2009

TAHNIAH MB Nizar.Alhamdulillah!!!!


KITA MENANG !!

Hari ini PAS Manggol hanya mengucapkan TAHNIAH ajelah , Alhamdulillah , Kebenaran menjelma jua akhirnya. Menurut sumber yg baru diterima, DS Nizar dijangka akan mengadap Sultan Perak di Istana Perak, petang ini juga. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!

Menteri Besor Sah tersenyum lebor

HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN..! Kita berpilihanraya lagi !

TAKBIR!!!

Saf kepimpinan baru DPPNK

PAS Manggol ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH!!! buat Ust. Ahmad Yahya diatas pemilihan beliau bagi menerajui saf kepimpinan baru DPPNK. Tahniah!!!

KUPANG, 10 Mei (Hrkh) - Pemilihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyaksikan Timbalan Ketua Pemuda sesi lalu, Ustaz Ahmad Yahya dipilih menerajui saf kepimpinan baru sesi 2009-2011 pada Muktamar Tahunan DPPNK Kali Ke-43 yang dilangsungkan di Kompleks Yayasan Al-Khairiah, Kampung Pisang, di sini.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula disandang Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor manakala Naib Ketua Pemuda disandang, Ustaz Ahmad I'zzat Mohamed Shauki yang juga Adun Bukit Lada.

Mereka yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa pula ialah Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Ustaz Mohd Rosli Azmi, Ustaz Zelani Nik Chik, Ustaz Muhd Yusuf Awang, Ustaz Salim Mahmood, Azman Ahmad, Ustaz Mohamad Ismail, Yusrin Zakri Adnan, Fadzil Baharom dan Muhd Afif Abdullah.

Muktamar bertemakan "Memelihara Kemenangan" itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, malam semalam.- mns (Kedahlanie)

Saturday, May 9, 2009

Tindakan UMNO sudah bercanggah



Tindakan Umno kini sudah jauh bercanggah dengan asas dan tujuan penubuhannya, sebagaimana yang dicatatkan dalam Perlembagaan Umno itu sendiri. Woi orang UMNO hampa baca ka dak? Mampuih tak baca , pak turut la katakan.

Hakikatnya, perjuangan nasionalisme atau asabiyah Umno sudah gagal. Orang-orang Melayu semakin sedar bahawa Umno sedang menggali kubur untuk perjuangan nasionalisme mereka.

Hayatilah pesanan Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda (mafhumnya)."Tidak ada beza antara orang Arab dengan orang Ajam (selain daripada Arab), melainkan dengan Islamnya."

Hadis ini membawa tafsiran, bahawa tiada kemuliaan bagi orang-orang Melayu di Malaysia khususnya, melainkan dengan Islam.

Tinggalkanlah perjuangan nasionalisme, kembalilah kepada Islam sepenuhnya. Sebagaimana pesan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, hanya Islam sahaja boleh menjaga Melayu.

Inilah masa yang terbaik untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS.


Fikir-fikirkan!!!

Wallahuaqlam.

Thursday, May 7, 2009

Pemimpin PAS ditangkap dan terkini dari Ipoh

Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub pula ditangkap di pekarangan Medan Istana. Walaubagaimanapun..YB Mujahid Yusuf Rawa tidak ditangkap walaupun berada bersama Salahudin. Semalam Naib Presiden PAS Mat Sabu ditangkap.


Aduh ni dah melampau ni.... saksikan video ini ...........

Nampaknya...pihak polis telah bersedia dengan senarai untuk ditangkap.

Sementara itu, lebih kurang 40 orang Ahli AMK PKR juga telah ditangkap ketika cuba memasuki kawasan pekarangan Bangunan SUK. Kesemuanya telah dibawab ke Ibu Pejabat FRU di Sungai Senam.

Selang tak berapa lama Ust. Dr. Mujahid pulak di tangkap dan ramai lagi ...... jom pakat berdoa.......


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Hamba mu yang lemah ini bermohon padaMu

Segala daya yang mampu telah kami lakukan

Kami serahkan kepadaMu yang maha bijaksana

Kau berikanlah kekuatan kepada kami

Agar perjuangan ini tidak rebah di tengah jalan


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Andai apa yang kami lakukan ini

Belum cukup untuk meraih redhamu

Kau teguhkan keimanan kami

Untuk kami teruskannya

Bukan untuk kepentingan kami

Tapi untuk seluruh generasi selepas ini

Biarpun dengan harga terlalu tinggi


Ya Allah Ya Rahman

Mereka punya kekuatan makhluk

Kekuatan kami hanya padaMu ya Khaliq

Pertolongan mereka segenap daya makhluk

Kami mengharap pertolonganMu ya Khaliq

Mereka menipu di seluruh kemampuan

Engkaulah yang maha mengalahkan tipu daya mereka

Kau campakkanlah ketakutan pada hati mereka

Kau robohkan kesatuan mereka

Kau teguhkan hati ini menempuh kekuatan mereka


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Andai ini adalah harga sebuah perjuangan

Walau tidak sehebat RasulMu

Kami mohon redho dariMu

Untuk kami teruskan perjuangan ini

Berikanlah kekuatan kepada kami


Aminn Ya Robbal Alamin

' La Haw la wala quwwata illa billah' - tiada daya tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Ingatlah sehebat mana gerombolan mereka, walau sehebat tentera bergajah, jangan lupa pada Allah. Kita punya tempat untuk mengadu yang tidak pernah mengecewakan.

Suasana di Ipoh , Tangkap jgn tak tangkap