Sunday, November 7, 2010
Tuesday, October 12, 2010
Saturday, October 2, 2010
Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?
Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.
DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
Fakta berikut perlu difahami:
1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.
Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.
Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.
2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.
3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini
PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)
Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)
Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)
Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)
Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)
RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
KESIMPULAN
· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.
· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

Labels:
Bodoh Sombong,
Ust. Zaharuddin,
Wang Judi
Saturday, September 18, 2010
Salam Takziah
Bagi pihak PAS Caw. Kg. Manggol saya mengucapkan salam Takziah buat Keluarga Timb. Pengerusi PAS Caw. Kg. Manggol, Sdr. Fadzil diatas kembalinya kerahmatullah bayi yang tidak dapat diselamatkan semasa proses kelahiran di Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar petang tadi. Jenazah telah disembahyangkan sebaik masuk solat fardhu Maghrib tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Manggol oleh ahli keluarga dan jiran tetangga beliau. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anak beliau dan menunggu beliau di syurga Allah kelak. InsyaAllah. Amin Ya Robbaalamin.
Wallahuaqlam.
Wallahuaqlam.
Labels:
Kematian Anak,
Kembali ke Rahmatullah.
Friday, September 17, 2010
Soalan IQ Bodoh Sempena Menyambut Hari Malaysia
Oleh ramziredang
"Pada tahun 1970, Sabah adalah negeri kedua terkaya di Malaysia dengan pendapatan perkapita kedua terbesar di belakang selangor. Setelah di perintah selama 40 tahun kini Sabah muncul menjadi negeri paling miskin di Malaysia. Soalan: Parti manakah yang memerintah sehingga Sabah jadi miskin? PAS kah atau PKR? Miskin Tegar di Sabah 32,400 keluarga, terengganu 8,300 keluarga, Perak 5,700 keluarga, Serawak 5,200 keluarga, Kedah 5,000 keluarga, kelantan 3,600 keluarga. Soalan: Siapakah yang menjadi johan, BNkah atau UMNO?
Mahathir pernah didesak oleh ahli UMNO sendiri supaya meletakkan jawatan dan Ibrahim Ali pernah dipecat dari UMNO. Soalan: Antara Perkasa dan UMNO, yang mana satukah biawak dan yang mana satukah ular?
Terengganu mempunyai hasil minyak 2 billion setahun dan kelantan dinafikan hasil minyak. Soalan : Kenapa UMNO berjaya melonjakkan 'martabat' terengganu hingga jadi kedua termiskin di Malaysia? sedangkan PAS 'kalah' hingga Kelantan menjadi tempat ke enam dalam negeri termiskin di Malaysia? Soalan tambahan : Kenapakah pemimpin PAS membiarkan UMNO menjadi johan selama 40 tahun berturut turut sebagai pemegang pingat yang berjaya memiskinkan negeri di bawah perintahnya.
Selama hampir 60 tahun BN memerintah Malaysia dan 16 september adalah hari malaysia. Soalan (soalan ini paling sukar) : Kenapakah Bank Negara mengubah pinjaman perumahan dari 90 peratus kepada 80 peratus, rakyat takda duitkah atau rakyat telah mengikis harta negara?
Syarikat penerbangan MAS, Perwaja, PKFZ, SimeDarby, Felda, Risda, BMF, Tabung Haji, KWSP dan banyakkkkk lagi syarikat berkaitan kerajaan...soalan :syarikat yang mana satukah bukan tempat penyangak melarikan wang?
Semua soalan soalan di atas sangat sukar untuk dijawab. Jika anda mampu menjawabnya ternyata anda layak menyambut ..SELAMAT HARI MALAYSIA
Saturday, September 11, 2010
Friday, September 10, 2010
Salam Eid ul Fitr
Salam Eid ul Fitr buat semua pejuang2 PAS walau dimana jua berada. Teruskan perjuangan suci murni ini demi menjejakkan kaki ke Putrajaya untuk memerintah Malaysia yang tercinta demi keadilan sejagat menurut kehendak Islam yang syumul dan kembali kepada fitrah asal kejadian makhluk diciptakan Allah menghuni dunia yang fana ini.
Wallahuaqlam.
Wallahuaqlam.
Thursday, September 9, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Thursday, February 25, 2010
Perjuangan Islam Adalah Tarbiah , Da'awah & Siasah
1. PAS adalah sebuah wadah perjuangan Islam yang memiliki cita - cita besar untuk melihat perubahan berlaku dalam negara kita .
2. Perubahan yang dimaksudkan ini ialah perubahan secara total
a ] dari sebuah negara yang penuh dengan korupsi kepada negara yang telus dan saksama ,
b ] dari negara yang berkecamuk dengan penyelwengan dan penyalahgunaan kuasa kepada negara yang aman , adil dan sejahtera ,
c ] dari negara yang cemar dengan maksiat dan mungkar kepada negara yang mendaulatkan al amru bil ma'aruf dan an nahyu anil mungkar.
Lebih 50 thn UMNO berarak menyambut Maulidurasul tapi cuma 12 R/awal aje lah, selebihnya kembali mcm biasa balik, dah jadi ADAT rasanya takut tak jadi IBADAT la pulak. Perjuangan yang Nabi tinggalkan, terus menerus ditinggalkan, apa tidaknya hukum ALLAH tiada dalam cita-cita mereka langsung, sebaliknya cuma dok kalut dengan 1 Malaysia, gagasan dari 1 ALLAH depa letak ketepi nak prioriti konon. Tak sesuai konon, Masyarakat Majmuk la kata kan. Apa yang penting 1 Malaysia.
Renungkan lah!

Cara Bershalawat Kepada Nabi
Cara Bershalawat Kepada Nabi
diriwayatkan dari Ka'b bin Ujrah: seseorang berkata, "ya Rasulullah! kami telah mengetahui bagaimana memberi salam kepadamu, tetapi bagaimanakah cara memberi shalawat kepadamu?".
Nabi Saw bersabda, "Katakan: Ya Allah berikanlah shalawat kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberikan shalawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji, Maha Mulia. ya Allah berikanlah berkah kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau berikan berkah kepada keluarga Ibrahim. sesungguhnya Engkau Maha Terpuji, Maha Mulia". (Allahumma shalli ala muhammad wa 'ala aali muhammad, kamaa shalaita 'ala aali ibrahim, innaka hamiidum majiid. Allahumma baarik 'ala muhammad wa 'ala aali muhammad, kamaa baarakta 'ala aali ibrahim, innaka hamiidum majiid.)
Wallahuaqlam

Monday, January 25, 2010
Jalan-jalan ke NERAKA
Antara jalan2/ tindakan2 yg menyebabkan kita di humban ke NERAKA ialah:
1). Tidak bertanggungjawab, tidak memberi pendidikan agama kepada ahlinya.
2). Orang kaya yang bakhil
3). Peniaga yang menipu
4). Peminum arak
5). Menganjur @ menyokong acara2 maksiat
6). Berzina
7). Makan harta anak yatim
8). meringan-ringankan solat
9). tidak keluarkan zakat
10). panjang angan-angan & tidak bertaubat kpd Allah
11). meninggalkan sembahyang
12). derhaka 2 ibubapa
13). Fitnah
14). Suami & Ibubapa yg dayus
15). Dusta
16). Dapat & makan harta yang haram
17). Sihir
18). Dengki, Khianat
19). Apa yang ALLAH haram dibuat.

Friday, January 8, 2010
ALLAH
ALLAH ciptakan makhluk yang bernama manusia sebagai makhluk yang terbaik di tengah-tengah makhluk-makhluk Tuhan yang amat banyak.Tetapi saban waktu, manusia itu dapat jatuh menjadi makhluk yang lebih rendah dari makhluk yang terendah. Kecuali kalau manusia itu beriman dan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik (At- Tin: 3-5)
Monday, January 4, 2010
Ilmu Keinsanan
Ilmu keINSANAN itu di perolehi apabila segala ujian, gangguan, godaan & tentangan hidup itu dilalui degan penuh ketaqwaan & keredhaan.
Apa itu TAQWA?
secara umumnya hendaklah kita semua tinggalkan apa yang dilarang dan buat apa yang diperintahkan.
Al Baqarah 103. Sesungguhnya kalau mereka beriman dan bertakwa, (niscaya mereka akan mendapat pahala), dan sesungguhnya pahala dari sisi Allah adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
Apa lagi yang kamu dapat jika kamu bertakwa?
Allah menjelaskan dalam Surah Al-Imran ayat 15 yang bermaksud;
15. Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Dan banyak lagi ayat2 Allah yang menyeru kepada TAQWA. antara yang paling popular ialah dari Surah Al-Imran Ayat 102 yang bermaksud; 102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Maka kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dengan sebenar-benarnya.
Wallahuaqlam.
Apa itu TAQWA?
secara umumnya hendaklah kita semua tinggalkan apa yang dilarang dan buat apa yang diperintahkan.
Apa lagi yang kamu dapat jika kamu bertakwa?
Allah menjelaskan dalam Surah Al-Imran ayat 15 yang bermaksud;
15. Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Dan banyak lagi ayat2 Allah yang menyeru kepada TAQWA. antara yang paling popular ialah dari Surah Al-Imran Ayat 102 yang bermaksud; 102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Maka kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dengan sebenar-benarnya.
Wallahuaqlam.
Labels:
Jalan takwa,
Keutamaan takwa,
Taqwa
Subscribe to:
Posts (Atom)