Antara adab dan tanggungjawab ibubapa terhadap anak termasuklah :
1). Redho dengan cahaya mata sama ada lelaki atau perempuan.
2). Azan dan Iqamat di telinga
3). Sunat tahnik bayi selepas kelahiran dengan tamar dan seumpamanya serta berdoa
memohon keberkatan bagi bayi.
4). Memilih nama yang baik untuk anak
5). Aqiqah anak.
6). Mencukur rambut bayi dan bersedekah mengikut timbangan rambutnya.
Dan yang terakhir yang bakal penulis lalui sebagai bapa ialah yang ke
7). Khatan , ia merupakan antara ciri-ciri fitrah manusia,berdasarkan hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim yang bermaksud: Perkara fitrah ada lima : .... Baginda telah menyebut satu daripadanya iaitu khitan. Antara hikmah berkhitan ialah menyempurnakan fitrah manusia dari sudut kesihatan dan ia juga merupakan satu simbol perbezaan orang Islam dengan bukan muslim.Selain itu dapat mengundang kebersihan,memperelokkan rupa, mengimbangi nafsu syahwat, dan memelihara orang Islam daripada dijangkiti serangan kanser degan izin Allah.
Di kesempatan ini penulis dengan rasa penuh kesyukuran ingin mengundang Semua Ahli PAS Caw. Kg. Manggol dan penduduk kampung Manggol , serta sesiapa sahaja yang melayari laman blog ini hadir ke majlis kenduri kesyukuran dan berkhatan putera penulis Muhammad Qayyim Afiq pada Sabtu 6hb Dis. 2008 bersamaan 8 Zulhijjah 1429 di rumah ibu-bapa mertua beralamat Kg.Masjid Lama,Tualang.(Rujuk map dibawah)
Wallahuaqlam.
No comments:
Post a Comment