Arumugam letak jawatan Exco, ADUN
[DIKEMAS KINI, 9 MALAM] ALOR SETAR: Di sebalik desas-desus menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam (gambar) mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.
Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi.
Sidang media itu merupakan kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.
Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Tak Sempat Nak Ulas… Hilang Pulak?
Anggota Exco Kerajaan Negeri dari parti PKR yang telah disahkan meletakkan jawatan, V.Arumugam “menghilangkan diri” tanpa sebarang berita.
Sebelum ini beliau di lapurkan meletakkan jawatan sebagai EXCO sementara kekal sebagai ADUN.
Menurut laporan, beliau pernah di ugut dan di ancam diri dan keluarganya untuk menyertai Barisan Nasional. Sinetron yang sama di alami oleh dua orang ADUN yang melompat parti di Perak baru baru ini.
Siapa kah yang menyembunyikan beliau? Adakah makhluk yang sama, atau adanya usaha usaha untuk menyelamatkan beliau dari di ganggu oleh mankhluk makhluk perosak itu.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India itu gagal ditemui dan tidak menjawab sebarang panggilan telefon termasuk daripada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sendiri.
http://notoumno.blogspot.com
HILANG LAGI NI….CARI NAJIB!!!!!
SUNGAI PETANI 9 Feb. — Anggota Exco Kerajaan Negeri yang telah disahkan meletakkan jawatan, V.Arumugam “menghilangkan diri” tanpa sebarang berita.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India itu gagal ditemui dan tidak menjawab sebarang panggilan telefon termasuk daripada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - Bernama
Sya : Ini bahaya ni…Alamak!! Najib lagi la ni,apa nak jadi la si hampeh ni….Adoiyai…Mungkinkah ini satu lagi…
PROJEK UMNO DAN BARISAN NASIONAL??????
No comments:
Post a Comment