Sunday, April 5, 2009

Ekspedisi Menawan 2 Bukit

Walaupun bergelut dgn tugasan harian namun kewajiban terhadap parti tidak diabaikan lantaran setelah tamat waktu bertugas terus bergegas pulang dan terus ke destinasi yang menjadi tumpuan seluruh rakyat. Hidup, hidup , hidup rakyat. Reformasi , itulah laugan yang bakal didengar , namun setibanya di Tol L/Raya exit SP Utara , terus menuju ke Laguna Merbok , dalam keadan hujan yang renyai-renyai dengan jumlah kereta yg berpusu-pusu akhirnya setiba di persimpangan masuk ke Laguna Merbok kami telah terlibat dgn kemalangan kecil , Syukur alhamdulillah semua selamat cuma bumper hadapan kereta remuk sedikit.

Namun demi jihad, perjalanan diteruskan dan sebaik selesai mendengar ceramah DSAI , terus bergegas ke Bkt. Selambau untuk mendengar ceramah oleh TGNA , alhamdulillah sempat sampai sebelum TGNA mula berceramah sekitar jam 11.15 dan yang mengejutkan sebaik sampai kedengaran DSAI berceramah , lantas kami pun terus ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Isyak. Selesai solat terus ke tempat ceramah yg berhadapan dgn Masjid. Selesai ceramah TGNA dgn kalimah azimat untuk rakyat "Makhal Sakti" , itulah pertama kali ku dengar sendiri dari mulut Tok Guru, kami mengambil keputusan terus bergerak ke bukit yang kedua yang lebih meriah rasanya.
Sekitar jam 3.30pg kami sampai di pos yg pertama dgn sempadan dgn bdr. Taiping , Pos yg dikawal oleh PAS Besut , sempat berbual bertanya khabar dan terus ke Bilik Operasi Induk di Air Kuning untuk mendapatkan jadual calon PAS YG Nizar , sebab hajat nak dengar Kuliah Subuh beliau , namun kami tak kesampaian kerna jadual keluar agak lewat , lantas kami berhenti rihat di Masjid Air Kuning , sempat juga melelapkan mata (1 jam) hampir solat Subuh barulah mendapat maklumat dimana kuliah subuh oelh YB Nizar akan diadakan , namun sekali lagi kami kecewa sebab gagal mencari destinasi yg diberitahu dan terus menawan Kuala Sepetang di dinihari.

Lantaran kecewa tidak dapat bersama dgn Yb. Nizar , kami mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di N25 , selesai membantu Ust. Musodak di Bilik Gerakan Pemuda Kedah dan memasang poster di kawasan hadapan bilik gerakan kami terus bergerak di kawasan sekitar Tmn. Ria, Ria Jaya dan sempat juga bergaya dgn rakan2 seperjuangan yg membawa set ceramah bergerak diatas lori yg begitu memikat.

Antara , sahabat lain yg terut serta dalam eksedisi kali ini turut berposing dgn lori ini;
Ini saja yang termampu kami berikan khidmat kami demi kejayaan Pakatan Rakyat. Hidup,hidup , hidup Rakyat , Makhal Sakhti , Reformasi , Takbir , Allahuakbar!!!!!!!

Sekian , Wassalam.


No comments:

Post a Comment