Agak lama tak sempat nak update blog dek kesibukan tugasan lain dan masalah laptop peribadi , hinggalah hari ini tertark dengan satu kenyataan yang terdapat dalam kebanyakkan akhbar melaporkan keberanian Recep Tayyip Erdogan ketika di atas pentas bersama Presiden Israel Shimon Peres. Erdogan dengan lantang menyuarakan sokongannya terhadap rakyat Gaza yang dibunuh oleh Yahudi. Erdogan akhirnya meninggalkan pentas kerana ketidakadilan moderator majlis yang berpihak kepada Peres dengan memberi masa lebih kepada pemimpin Yahudi itu.
Dalam pada Turkey mempunyai hubungan diplomatik denga Israel Erdogan lantang dan berani menyuarakan pendiriannya membantah kekejaman Yahudi. Namun, pemimpin negara Islam lain [walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik] hanya sekadar bermesyuarat tetapi tunduk terhadap tekanan yang dikenakan ke atas mereka.
Wallahuaqlam.
No comments:
Post a Comment