Saturday, February 7, 2009

RANCANGAN MEMALUKAN ANWAR

Apa yang berlaku di Perak , haruslah diambil pengajaran , walaupun kita diperingkat cawangan atau kawasan , LALAI,Leka itulah puncanya.Perjuangan tidak boleh hanya sekadar hangat2 tahiayam , teringat antara ucapan dari Ketua Muslimat semasa mesyuarat Penubuhan PAS Caw. Kg. Manggol dulu.Kini apa dah jadi dengan PAS Manggol? Suram,sepi, tiada lagi usrah,nak buat ceramah pun takut dipulaukan oleh puak UMNO?? Mengapa kita harus takut pada semua itu?? Ayuh , kita teruskan demi menegakkan syiar Islam di Kg. kita, bukan untuk UMNO. Pergi Jahanam dengan UMNO , Ingat bukan UMNO yang boleh tolong kita diakhirat kelak tapi , InsyaALLAH perjuanagn suci inilah yang akan menjadi saksi dihadapan Robbul Jalil , bahawa kita terlibat dalam perjuangan Islam ini , demi menegakkan Syiar Islam.

Peranan Dato Nasa (MUNAFIK ??) tidak di ketahui oleh Anwar sendiri, bahawa kemasukan beliau tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menonjolkan peranan Nasaruddin bahawa beliau benar-benar bencikan Umno.Anwar tanpa soal siasat telah memaklumkan satu Malaysia bahawa Umno kini hanyalah untuk dijadikan sebagai satu sejarah bagi kaum Melayu .Namun dalam masa yang sama Nasaruddin bukan sahaja menjadikan ejen bagi memalukan anwar , malahan ianya menjadikan Pakatan Rakyat leka. Dalam masa yang sama 2 adun PKR telah hilang tanpa di kesan dan desas desus ADUN dari DAP menghilangkan diri juga.

Kekuatan jati diri ahli ADUN PKR tidak boleh disamakan dengan ADUN PAS buat masa kini walau pun PAS pernah mengalami hal yang sama puluhan tahun yang lampau. Sepatutnya PKR harus mengambil iktibar ini sebagai satu dari pengajaran yang cukup bermakna dan tidak memperlekehkan Umno.Malah kenyataan Dato Zahid Hamidi bahawa jangan memperkecilkan Umno juga menjadi kenyataan kerana memang Umno pandai dalam tipu daya untuk merampas hak orang ramai dan rakyat jelata bagi menguntungkan mereka.Peranan Umno dalam hal ini tidak boleh di perkecilkan dengan segala macam jentera dan kemudahan dan ekses di tangan mereka, dan ini memalukan Anwar yang begitu percayakan kepada Dato nasaruddin yang begitu pandai dan licik dalam memainkan perana dan melekakan Pakatan Rakyat.

PAS Manggol juga tidak ketinggalan , kebanyakkan ahli2 nya juga ada yang dari UMNO dan ada yang merupakan orang kuat UMNO. Apa yang boleh PAS Manggol buat sekarang?? Ayuh , usrah umpamanya haruslah diteruskan semaksima mungkin.Sijil daftar Pertubuhan pun dah diperolehi , apa tunggu lagi , kita sekarang merupakan Pertubuhan yang sah , dah boleh bergiat aktif, nak tunggu apa lagi , InsyaAllah mesyuarat Agung pertama akan dibuat dalam masa terdekat ini. tungguuuu!!!

Takbir!!!

No comments:

Post a Comment